• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyokong Syak Admin Juventus Minat Sumandak Sabah Selepas Beri Ucapan Pesta Kaamatan

Oleh
Farisha
31 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Ucapan Pesta Kaamatan dari Juventus cuit hati penyokong

Penyokong Syak Admin Juventus Minat Sumandak Sabah Selepas Ucapan Pesta Kaamatan. Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai Pesta Menuai merupakan perayaan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah, khususnya suku kaum Kadazan-Dusun.

Perayaan dikenali sebagai Tadau Kaamatan ini disambut pada 30 Mei setiap tahun untuk menghormati ‘Bambazon’ atau ‘Semangat Padi’ dan mula diadakan di Sabah pada tahun 1960.

Penyokong Syak Admin Juventus Minat Sumandak Sabah Selepas Ucapan Pesta Kaamatan
Penyokong Syak Admin Juventus Minat Sumandak Sabah Selepas Ucapan Pesta Kaamatan

Walaupun pada awalnya disambut oleh masyarakat Kadazan-Dusun, kini ia turut disambut dengan meriah oleh pelbagai etnik lain di Sabah malah di negeri lain.

Menariknya, Pesta Kaamatan kali ini mendapat perhatian daripada kelab bola sepak tersohor Itali, Juventus. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial apabila Facebook rasmi Juventus memberikan ucapan sambutan perayaan tersebut.

Juventus mengucapkan Selamat Hari Kaamatan di laman Facebook rasmi mereka

“Kotobian Tadah Tagazo Do Kaamatan (Selamat menyambut Hari Kaamatan) Selamat Menyambut Pesta Kaamatan buat penyokong Juventus yang berbangsa Kadazan Dusun dan seluruh rakyat Malaysia,” tulis kelab tersebut di laman Facebook rasmi mereka, semalam.

Ucapan tersebut membawa kegembiraan kepada penyokong Juventus di Malaysia kerana ia dilihat sebagai bentuk penghargaan terhadap sokongan padu yang diberikan kepada kelab tersebut.

Bukan itu sahaja, segelintir penyokong juga berseloroh bahawa admin Juventus mungkin tertarik dengan wanita Sabah sehingga memuatnaik ucapan Pesta Kaamatan.

Sebelum ini, Juventus turut mendapat perhatian di Malaysia apabila menggunakan lagu “Alamak Raya” oleh kumpulan De Fam dalam salah satu kandungan TikTok mereka yang menampilkan pemain menari selepas menjaringkan gol.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan Pesta Kaamatan:

Perayaan Budaya Sarawak Dan Sabah, Ini Perbezaan Ringkas Antara Pesta Kaamatan Dan Gawai Dayak
Asal Usul Dan Sejarah Pesta Kaamatan Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dakwa Hanya Guna Kertas A4, Pertandingan Sodop Unduk Ngadau Tarik Perhatian Netizen Dakwa Hanya Guna Kertas A4, Pertandingan Sodop Unduk Ngadau Tarik Perhatian Netizen
Next Article Polis Tahan Wanita Warga Asing Miliki Syabu Bernilai RM78K Di Sebuah Hotel Bajet Di Kuching Polis Tahan Wanita Warga Asing Miliki Syabu Bernilai RM78K Di Sebuah Hotel Bajet Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?