• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyu Terbesar Di Dunia Mendarat Di Pantai Paloh, Kalimantan Barat Setelah 13 Tahun Tidak Kelihatan

Oleh
Ismail NA
17 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Pendaratan penyu tersebut dianggap sebagai sebuah keajaiban.

Penyu Terbesar Di Dunia Mendarat Di Pantai Paloh, Kalimantan Barat Setelah 13 Tahun Tidak Kelihatan. Spesis penyu adalah haiwan reptilia laut yang sememangnya diancam kepupusan akibat pencemaran. Namun, di Kalimantan Barat (KB), penduduk di kawasan Pantai Paloh menzahirkan rasa gembira kerana spesis penyu rare didapati mendarat setelah sekian lama.

Isi Isi Penting
  • Pendaratan penyu tersebut dianggap sebagai sebuah keajaiban.
  • Penyu belimbing mendarat setelah 13 tahun ‘menghilang’
  • Dah gali lubang tapi gagal bertelur
  • Penyu belimbing dalam senarai merah IUCN
  • Baca juga info menarik tentang wilayah Indonesia di Borneo ini :

4 spesis penyu didapati naik ke kawasan perairan serta pesisir pantai di Kecamatan Paloh, Kabupaten Sambas, KB. Spesis tersebut adalah penyu hijau, penyu sisik, penyu lekang dan penyu belimbing.

Di Pantai Paloh, spesis penyu yang sering mendarat adalah spesis penyu hijau dengan peratusan sebanyak 98%. Sehingga kini, lebih daripada 1,000 ekor penyu telah mendarat yang mana majoritinya adalah penyu hijau. Manakala, bakinya adalah penyu sisik dan penyu lekang. Penyu belimbing pula adalah spesis yang sangat sukar ditemui.

Penyu belimbing mendarat setelah 13 tahun ‘menghilang’

Penyu-penyu itu mendarat pada 15 September, Rabu pada jam 1.45 pagi waktu Malaysia (12.45 pagi Waktu Indonesia Barat WIB) di sektor 4 Pantai Sungai Belacan, iaitu kira-kira 2 kilometer dari Pos Pengawal Penyu. Paling menggembirakan, seekor penyu belimbing, spesis penyu yang sangat jarang itu juga turut hadir di Pantai Paloh untuk bertelur.

Penyu Terbesar Di Dunia Mendarat Di Pantai Paloh, Kalimantan Barat Setelah 13 Tahun Tidak Kelihatan
Penyu belimbing di Pantai Paloh. Kredit foto : Dok. Istimewa via Hi! Pontianak

Kehadiran penyu terbesar di dunia itu disedari oleh enumerator Balai Pengelolaan Sumber Daya Pesisir dan Laut (BPSPL) Pontianak, Direktorat Jenderal Pengelolaan Ruang Laut, Kementerian Kelautan dan Perikanan serta 7 orang mahasiswa praktikal kerja lapangan (PKL) jurusan Ilmu Kelautan, Universitas Tanjungpura.

Dah gali lubang tapi gagal bertelur

Penyu belimbing itu disahkan sebagai penyu betina dan mempunyai lengkung karapas sepanjang 174 cm dengan lebar 114 cm dan lebar jejak 194 cm. Walau bagaimanapun, penyu tersebut tidak sampai ke tahap bertelur walaupun telah dilihat menggali lubang. Pasukan yang terlibat juga telah berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan gangguan di sekitar kawasan lubang yang telah digali oleh penyu tersebut namun tetap tidak menampakkan tanda-tanda penyu tersebut akan menetas.

Kegagalan penyu itu untuk bertelur dipercayai akibat faktor alam semulajadi ataupun terdapat gangguan yang dirasai oleh penyu tersebut.

Penyu Terbesar Di Dunia Mendarat Di Pantai Paloh, Kalimantan Barat Setelah 13 Tahun Tidak Kelihatan
Penyu Terbesar Di Dunia Mendarat Di Pantai Paloh, Kalimantan Barat Setelah 13 Tahun Tidak Kelihatan. Kredit foto : Dok. Istimewa via Hi! Pontianak

Penyu belimbing dalam senarai merah IUCN

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kehadiran semula penyu belimbing dalam keadaan mencari tempat bertelur setelah 13 tahun tidak mendarat di KB. Sumber media Pontianak menjelaskan bahawa dalam tempoh 13 tahun itu, penyu belimbing ini sempat dilihat 3 kali tetapi dalam keadaan tidak bernyawa terdampar di pantai atau terperangkap secara tidak sengaja oleh nelayan.

Penyu belimbing atau nama saintifiknya, Dermochelys coriacea ini adalah hidupan berstatus merah dalam senarai International Union for Conservation of Nature (IUCN) dan apendiks I Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).

Penyu Terbesar Di Dunia Mendarat Di Pantai Paloh, Kalimantan Barat Setelah 13 Tahun Tidak Kelihatan
Kredit foto : Dok. Istimewa via Hi! Pontianak

Baca juga info menarik tentang wilayah Indonesia di Borneo ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Ambil Gambar Wanita Buang Air Kecil Di Kapit, Lelaki Ditahan Polis
Next Article Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Tahu Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?