• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peraga Fesyen Etnik Borneo Kontemporari, Tudung Keluaran Sabah Diundang Sertai 2 Acara Fesyen Terbesar Dunia

Oleh
Husna Hazmi
2 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahniah diucapkan!

Peraga Fesyen Etnik Borneo Kontemporari, Tudung Keluaran Sabah Diundang Sertai 2 Acara Fesyen Terbesar Dunia. Perkembangan industri fesyen muslimah di negara kita boleh dilihat semakin hari semakin meraih populariti yang tinggi di kalangan masyarakat, terutamanya dalam kategori tudung atau hijab. Trend hijab di Malaysia boleh dikatakan semakin berkembang maju tidak kira di bandar-bandar besar mahupun kawasan luar bandar.

Peraga Fesyen Etnik Borneo Kontemporari, Tudung Keluaran Sabah Diundang Sertai 2 Acara Fesyen Terbesar Dunia
Peraga Fesyen Etnik Borneo Kontemporari, Tudung Keluaran Sabah Diundang Sertai 2 Acara Fesyen Terbesar Dunia. Kredit gambar: @Jkhan738

Produk tudung Nur Rahman Hijab (Cahaya Kasih)

Usahawan fesyen tempatan, Datuk Rahman Jan Sulaiman Khan yang telah mengeluarkan produk tudung Nur Rahman Hijab (Cahaya Kasih) sejak Januari tahun ini sehingga Oktober ini berjaya menjual sebanyak lebih 5,000 helai tudung tersebut daripada 20 koleksi mereka. Syarikat beliau turut mengeluarkan koleksi pakaian juga.

Beliau dilaporkan telah diundang untuk menyertai dua acara fesyen terbesar di Dubai iaitu pada Disember ini dan di London pada Februari tahun hadapan. Syarikat beliau telah dipilih untuk menyertai Expo Dunia 2021 di Dubai pada 19 Disember hingga 25 Disember, manakala di London pula untuk peragaan fesyen bertemakan Etnik Borneo Kontemporari.

“Untuk menembusi pasaran dunia seperti ini, ia merupakan loncatan besar bagi syarikat kecil, namun pasti menjadi kebanggaan kerana ia sebenarnya pengiktirafan tinggi terhadap produk tempatan kita,” kata beliau.

Peraga Fesyen Etnik Borneo Kontemporari, Tudung Keluaran Sabah Diundang Sertai 2 Acara Fesyen Terbesar Dunia
Kredit gambar: @Jkhan738

Bawa koleksi tudung eksklusif keluaran syarikat mereka

Sempena Expo Dunia di Dubai itu, Datuk Rahman Jan Sulaiman Khan bercadang untuk membawa koleksi tudung eksklusif keluaran syarikat mereka sebanyak 2,600 helai dan juga koleksi baju Kebaya.

Di samping itu, syarikat beliau juga kini berkolaborasi dengan sebuah syarikat di Korea bagi menghasilkan beberapa produk lagi dan pada masa yang samamenjalinkan usaha bersama sebuah lagi syarikat di Timur Tengah, sebagai usaha untuk memasarkan produk beliau ke luar negara.

Tahniah diucapkan, semoga ramai lagi usahawan tempatan di luar sana boleh mengikuti jejak langkah mereka yang mulanya daripada syarikat kecil sahaja namun boleh bangkit dalam mempromosikan produk tempatan sehingga ke luar negara.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penginapan Mewah Serendah RM 120, Manfaatkan Pakej Cuti Khas Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan
Next Article Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?