• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak

Oleh
Ismail NA
2 November 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Beliau yang juga merupakan pengasas produk kecantikan mengumumkan perkara tersebut di media sosialnya.

Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak. Seperti yang semua sedia maklum, harga tiket penerbangan pulang ke Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak masih dalam kadar yang tidak stabil. Ada waktunya mahal, ada waktunya murah. Ini belum termasuk lagi dengan kerenah syarikat penerbangan serta SOP baharu yang sentiasa dikemas kini.

Isi Isi Penting
  • Beliau yang juga merupakan pengasas produk kecantikan mengumumkan perkara tersebut di media sosialnya.
  • Beliau mempunyai RM 60 hingga 70 ribu kredit akaun tidak terpakai
  • “Alhamdulillah mungkin rezeki awak hari ini,” – Hafiz
  • Syarat : Jangan batal saat akhir
  • Bagi mereka yang terlepas berita penting ini, baca lagi di sini :

Namun demikian, di sebalik kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung halaman, seorang influencer telah tampil menawarkan bantuan untuk ‘sponsor’ tiket penerbangan pulang kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang memerlukan.

Hafiz Mahamad yang juga merupakan pengasas sebuah jenama kecantikan menghebahkan perkara ini di laman media sosialnya semalam.

Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak
Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak. Kredit : IG @hafizmahamad

Beliau mempunyai RM 60 hingga 70 ribu kredit akaun tidak terpakai

Menurut Hafiz, beliau pernah menempah tiket untuk percutian bersama staf berjumlah kira-kira 60 hingga 70 ribu ringgit. Namun demikian, tiket tersebut telah ditukarkan menjadi kredit akaun dan akan luput pada bulan Disember depan sekiranya tidak digunakan. Oleh sebab sempadan antarabangsa belum dibuka, kredit akaun tersebut sememangnya tidak dapat digunakan untuk trip syarikat seperti yang dirancang sebelum ini.

Setelah berfikir masak-masak, beliau akhirnya memutuskan untuk menggunakan sebahagian daripada kredit akaun tersebut untuk membiayai tiket penerbangan individu yang mahu pulang ke kampung halaman di Sabah dan Sarawak. Hal ini juga adalah susulan daripada pertanyaan segelintir individu sama ada terdapat bantuan yang serupa untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak setelah melihat beliau menanggung kos 5 buah bas untuk individu yang pulang ke kampung di Semenanjung.

Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak
Kredit : IG @hafizmahamad

“Alhamdulillah mungkin rezeki awak hari ini,” – Hafiz

“Ada yang cakap, dah bertahun tak balik. Tiket mahal, satu tiket cecah RM300. Saya faham sangat. Alhamdulilah mungkin rezeki awak hari ini. Mungkin ada yang nak jumpa pasangan suami atau isteri, ada yang nak balik ke kolej dan kampung. Boleh gunakan tiket yang saya nak buat ini,”

Hafiz Mahamad

Syarat : Jangan batal saat akhir

Tawaran tersebut datang dengan satu syarat iaitu individu yang menerima tiket percuma ini dipohon agar tidak membatalkannya di saat-saat akhir. Penerima juga disarankan untuk terus memohon cuti setelah dibelikan tiket, yang berkemungkinan bakal merangkumi tiket pergi dan balik.

Individu yang berminat untuk memohon tiket percuma ini dikehendaki untuk mengisi Google Form yang disediakan di laman media sosial atau menghubungi pegawai beliau secara terus.

Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak
Sumber : Twitter Hafiz Mahamad
Tak Nak Bazir Kredit Akaun, Influencer Ini Mahu Belanja Tiket Pulang Percuma Ke Sabah dan Sarawak
Sumber : Twitter Hafiz Mahamad

Details :https://t.co/6DFQX9w2gA
(Copy & paste) link ni, isi details awak

KOTA KINABALU
Tarikh Pergi: 7 Disember 2021 (Selasa)
Masa Pergi: 7.00 pagi @ klia2
Tarikh Balik: 11 Disember 2021 (Sabtu)
Masa Balik: 3.30 petang @ Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

— Hafiz Mahamad (@Hafizmahamad) November 1, 2021

Details :https://t.co/6DFQX9w2gA
(Copy & paste) link ni, isi details awak

KUCHING
Tarikh Pergi: 14 Disember 2021 (Selasa)
Masa Pergi: 7.00 pagi @ klia2
Tarikh Balik: 18 Disember 2021 (Sabtu)
Masa Balik: 5.30 petang @ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

— Hafiz Mahamad (@Hafizmahamad) November 1, 2021

Influencer dengan pengikut seramai 1.3 juta orang di Instagram ini menawarkan 4 tiket penerbangan yang merangkumi tiket dua hala Sabah dan Sarawak. Untuk tiket Sabah, penerbangan ke Kota Kinabalu adalah pada 7 Disember 2021 (Selasa) jam 7 pagi dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 11 Disember 2021 (Sabtu) jam 3.30 petang. Untuk tiket Sarawak pula, Setakat ini, penerbangan ke Kuching adalah pada 14 Disember 2021 (Selasa) jam 7 pagi dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 18 Disember 2021 (Sabtu) jam 5.30 petang.

Rajutan Hafiz telah mendapat sebanyak 647 ulang kicau di Twitter dan lebih 78 ribu tanda suka di Instagram.

Semoga dapat membantu saudara kita yang benar-benar memerlukan.

Bagi mereka yang terlepas berita penting ini, baca lagi di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peraga Fesyen Etnik Borneo Kontemporari, Tudung Keluaran Sabah Diundang Sertai 2 Acara Fesyen Terbesar Dunia
Next Article Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak Bonnie Dan Yee Khie Terima Durian Runtuh Sehingga Setengah Juta Dari Kerajaan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?