I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Perahu Karam Di Sarikei, Dua Terselamat Dan Seorang Masih Lagi Hilang
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perahu Karam Di Sarikei, Dua Terselamat Dan Seorang Masih Lagi Hilang

Husna Hazmi 7 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Kongsi

Perahu yang dinaiki tiga orang lelaki karam setelah dipukul ombak di Muara Payang semalam.

Perahu Karam Di Sarikei, Dua Terselamat Dan Seorang Masih Lagi Hilang. Seorang lelaki warganegara Indonesia hilang dikhuatiri lemas, manakala dua lelaki tempatan selamat apabila perahu yang mereka naiki karam dipukul ombak di Muara Payang, pada Ahad semalam.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Heriayanshah, berusia 25, merupakan seorang juruelektrik di sebuah syarikat di Sibu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin ketika kejadian berlaku, ketiga-tiga mereka sedang dalam perjalanan untuk menyusuri Batang Rajang dari pekan Sarikei ke Muara Payang sekitar 5 petang.

Perahu Karam Di Sarikei, Dua Terselamat Dan Seorang Masih Lagi Hilang

Sampan yang dinaiki dipukul ombak

“Setelah setengah jam perjalanan, sampan yang dinaiki oleh mereka dipukul ombak apabila kapal besar lalu dan menyebabkan perahu yang dinaiki mereka terbalik lalu karam.

“Dua penduduk tempatan tersebut berjaya berpaut pada tangki minyak, manakala warga Indonesia dilaporkan hilang,” kata beliau dalam kenyataan kepada media.

Mahmudin juga berkata, Romilton Anthony, 27 dan Bahtiar Janggau, 25 berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui kawasan tersebut, sebelum membuat laporan di Balai Polis Pusat Sarikei. 

Perahu Karam Di Sarikei, Dua Terselamat Dan Seorang Masih Lagi Hilang

Mencari dan menyelamat telah dilancarkan

Beliau juga berkata bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama akan dilancarkan bermula hari ini dan ianya diaktifkan pada jam 7 pagi.

“Pada masa kini, operasi SAR dilakukan dengan menggunakan tiga buah bot yang melibatkan pihak bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan jumlah keanggotaan seramai 18 orang.

“Radius pencarian hingga kini adalah merangkumi satu kilometer dari lokasi kejadian,” tambah beliau lagi.

Kredit: UtusanBorneo

Lagi di sini:

Husna Hazmi 7 Disember 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Budak Tik Tok Lempar Kucing Dengan Kejam Akhirnya Ditahan Polis
Next Article Letupan Di Pejabat Hutan Miri Mengakibatkan Seorang Pekerja Tercedera

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Dari Pasar Malam Miri Ke Lembah Klang, The Brew Crew Peroleh 5 Bintang Dari Grabfood

12 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ajuk Trademark Penjual Di Indian Street, Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Video TikTok Lelaki Ini

11 Ogos 2022
'Terbang Duit', Kereta Bersusun Kena 'Clamp' Di Poli Kuching Ini Raih Perhatian Netizen
Cerita Borneo

‘Terbang Duit’ – Kereta Bersusun Kena ‘Clamp’ Di Poli Kuching Raih Perhatian Netizen

11 Ogos 2022
Cerita Borneo

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar

11 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?