• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perairan Miri Kembali Dihendap China, Kali Ini Giliran Kapal Pasukan Pengawal Pantai Pula

Oleh
Ismail NA
8 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pencerobohan ketiga dalam tempoh masa kurang satu minggu.

Perairan Miri Kembali Dihendap China, Kali Ini Giliran Kapal Pasukan Pengawal Pantai Pula. Setelah kejadian pencerobohan pesawat pertahanan China pada 3 Jun lalu di Miri, kawasan laut di zon maritim Miri juga turut diceroboh oleh sebuah kapal pasukan pengawal pantai China pada keesokan harinya iaitu 4 Jun 2021.

Isi Isi Penting
  • Pencerobohan ketiga dalam tempoh masa kurang satu minggu.
  • Beting Patinggi Ali, kawasan zon pertikaian antara China dan Malaysia
  • Malaysia hantar nota protes diplomatik kepada Beijing susulan pencerobohan ini
  • Cerita selanjutnya di sini :

Perkara ini disahkan oleh pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Bahagian Miri, Kapten Md. Fauzi Othman. Pihaknya mengesahkan ada menerima laporan kehadiran sebuah kapal milik pertahanan China di kawasan Beting Patinggi Ali, Miri pada 4 Jun yang lalu.

Beting Patinggi Ali, kawasan zon pertikaian antara China dan Malaysia

Beting Patinggi Ali, atau turut dikenali dengan gelaran Beting Luconia (Luconia Shoals) adalah kawasan yang sama di mana kelibat pesawat pertahanan China, People’ Liberation Army-Air Force (PLAAF) pada hari sebelumnya iaitu 3 Jun 2021. Beting ini berkedudukan sejauh 84 batu nautika (155 km) dari kawasan pantai Miri. Selain itu, beting ini juga merupakan kompleks batu karang yang terbesar dan tidak begitu didalami di perairan Laut China Selatan.

Perairan Miri Kembali Dihendap China, Kali Ini Giliran Kapal Pasukan Pengawal Pantai Pula
Perairan Miri Kembali Dihendap China, Kali Ini Giliran Kapal Pasukan Pengawal Pantai Pula

Namun, kawasan ini sudah menjadi zon pertikaian sejak sekian lama di antara Malaysia dan China.

Oleh yang demikian, aset dan pasukan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Tentera Laut Malaysia dikerahkan ke kawasan Beting Patinggi Ali bagi meninjau kawasan tersebut dan mempertahankan kedaulatan negara.

Malaysia hantar nota protes diplomatik kepada Beijing susulan pencerobohan ini

Susulan tiga kali insiden pencerobohan; pertama kali di kawasan zon laut maritim Kota Kinabalu, kemudian pesawat pertahanan di Beting Patinggi Ali dan terkini kelibat kapal pasukan pengawal pantai China di beting yang sama, Wisma Putra telah mengeluarkan nota protes diplomatik kepada Beijing berkenaan pencerobohan tersebut.

Menurut laporan media tempatan pula, nelayan tempatan sering kali melihat kelibat kapal pasukan pengawal pantai China tersebut di Beting Patinggi Ali. Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa kapal milik pasukan pengawal pantai China sudah kelihatan di kawasan perairan beting tersebut sejak tahun 2013 lagi.

Berhubung insiden pencerobohan pesawat tempoh hari, China walau bagaimanapun menafikan perbuatan pencerobohan tersebut tetapi sebaliknya menganggap ianya sebagai salah satu “rutin latihan penerbangan”.

Cerita selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda
Next Article Sebar Berita Palsu Di Facebook Dakwa Vaksin COVID-19 Sarawak Hilang, Suspek Kini Diburu Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?