I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda

Nur Afifah 8 Jun 2021
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Penjual dapat baucer free shipping, pembeli pun dapat juga! Bestnya!

Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda. Sejak pandemik melanda negara, aktiviti pelancongan pun tidak dapat dijalankan. Apatah lagi hendak merasai keunikan makanan dan barangan asli dari tempat yang ingin dikunjungi, kan? Pada masa seperti ini, pasti ramai yang mengidam. Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Sarawak, pasti banyak makanan dan barangan yang dirindui. Mengidam tak semestinya untuk anak perantau dari Sarawak sahaja, orang luar pun boleh rindu tau!

Nasib baik teknologi digital sudah berkembang dengan pesat dan maju pada zaman kini. Nak beli barang pun di hujung jari sahaja. Begitu juga dengan makanan dan barangan Sarawak. Anda sebenarnya boleh membeli barangan ini di sebuah kedai berstatus mall di aplikasi Shopee iaitu Sarawak Digital Mall!

Macam-macam ada di Shopee Sarawak Digital Mall!

Untuk pengetahuan anda, Sarawak Digital Mall ini adalah sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) bersama-sama Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) dengan kerjasama platform e-dagang, Shopee.

Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda
Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman, kewujudan Sarawak Digital Mall ini adalah untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Sarawak memasarkan produk tempatan Sarawak secara dalam talian. SDEC adalah sebuah agensi milik kerajaan negeri yang berperanan untuk melaksanakan insiatif Ekonomi Digital Sarawak. Salah satu cabang segmen inisiatif tersebut adalah Perniagaan Digital dan peniaga kecil dan sederhana di Sarawak adalah penggeraknya melalui pendigitalan perniagaan mereka.

Pendek kata, usahawan di Sarawak digalakkan untuk ‘upgrade’ perniagaan mereka dengan menjual produk mereka secara dalam talian. Sarawak Digital Mall adalah platform jualan yang telah disediakan di aplikasi Shopee untuk mereka. Gittew.

Maklumlah, orang ramai pada masa kini lebih selesa dan gemar melakukan sesuatu perkara melalui telefon pintar mahupun komputer riba. Ditambah pula dengan situasi pandemik yang masih lagi di paras yang genting, jualan dalam talian ini dilihat lebih mendapat sambutan dan selamat. Jika peniaga kecil di Sarawak memanfaatkan peluang ini untuk menjual produk mereka, tentunya dapat perhatian pelanggan yang lebih luas sekaligus menjana pendapatan yang lebih lumayan.

Sekilas pandang senarai barangan dan makanan asli dari Sarawak yang ada di Sarawak Digital Mall

Klik pautan di bawah jika anda ingin membeli beberapa barangan daripada Sarawak Digital Mall seperti berikut;

  • Pes Laksa Sarawak Hj Manan – https://invol.co/cl4d93x
  • Gula Apong Sarawak – https://invol.co/cl4d95k
  • Mi Kolok Sarawak (Kering) – https://invol.co/cl4d96m
  • Belacan Bintulu asli – https://invol.co/cl4d97b
  • Garam Kelabit Bario – https://invol.co/cl4d98c
  • Kicap Pekat Tong Nam – https://invol.co/cl4d996
  • Buah Terung Dayak Asam – https://invol.co/cl4d99t
  • Ragi/Ciping Tuak Sarawak – https://invol.co/cl4d9ah
Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda

Ada kelibat Kek Butter Cheese Mita tu! Air viral Three Layer Tea pun ada.

  • Kek Butter Cheese Mita – https://invol.co/cl4d9c3
  • Three Tea Three Layer Tea/Coffee – https://invol.co/cl4d9cj
  • Kek Hati Parek – https://invol.co/cl4d9d5
  • Kek Lapis Masam Manis – https://invol.co/cl4d9ds
  • Kordial F&N SunValley (Grenadine/Orange/Sarsi) – https://invol.co/cl4d9dy
  • Biskut King Kong Cap Kelapa – https://invol.co/cl4d9f2
Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda
  • Kain sarung Batik Sarawak – https://invol.co/cl4d9gl
  • Manik seramik Sarawak – https://invol.co/cl4d9hn
  • Manik akrilik – https://invol.co/cl4d9ic
  • Dress wanita corak Pua Kumbu – https://invol.co/cl4d9kh
  • Anting-anting corak Borneo Tribal – https://invol.co/cl4d9lc
Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda

Cas pengeposan percuma kecuali Sabah dan Sarawak? Kalau cas dari Sarawak ke Semenanjung, bagaimana pula?

Baik. Ini satu perkara unik tentang pengalaman membeli belah dalam talian di Sarawak Digital Mall. Tahukah anda bahawa para penjual atau merchants yang berdaftar di Sarawak Digital Mall akan diberikan baucer diskaun untuk urusan pengeposan ke seluruh tempat Malaysia dan rantau ini?

Ini bermakna jika anda membeli produk Sarawak di sini, anda akan mendapatkan cas pengeposan yang murah berbanding cas pengeposan standard. Barangkali, jika anda memanfaatkan sepenuhnya baucer yang ada di Sarawak Digital Mall, anda boleh mendapatkan pengeposan secara percuma tanpa mengira anda berada di Semenanjung, Sabah mahupun dalam Sarawak sendiri. Ini baru onzz, kan?

Baucer pun boleh guna sekali harung, gais! Nang best!

Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda

Dengan ini, penjual barangan Sarawak akan dapat menjual barangan dengan harga yang lebih kompetitif tanpa perlu kedua-dua pihak; pembeli dan penjual risau akan kos pengeposan yang selama ini menjadi penghalang (terutamanya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak).

Dengan membeli barangan di Sarawak Digital Mall, anda juga secara tidak langsung dapat membantu peniaga kecil dan sederhana Sarawak untuk mengembangkan ilmu jualan dalam talian mereka. Dalam hal ini, Shopee akan turut membantu vendor sedia ada dan akan di Sarawak Digital Mall dengan kelas keusahawanan di Shopee University, platform latihan dalam talian percuma yang tersedia dalam Bahasa Malaysia, English dan Cina.

Keadaan geografi bukan lagi penghalang

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho pula berkata, keadaan geografi kini bukan lagi penghalang melalu kerjasama kerajaan Sarawak dan Shopee dalam membantu barangan asli Sarawak seperti beras bario, gula apong, ikan terubuk masin, dan banyak lagi untuk sampai ke luar Sarawak seperti Semenanjung dan rantau Asia yang lain. Para vendor di Sarawak Digital Mall boleh menggunakan sijil SDEC, dan Shopee akan terus membantu mereka dengan menawarkan pilihan penghantaran percuma (free shipping).

Macam best kan barangan yang ada di Sarawak Digital Mall? Lunaskan rindu anda dengan menekan butang ke Shopee Sarawak Digital Mall di bawah;

SHOPEE SARAWAK DIGITAL MALL

Selamat membeli belah! Jangan lupa kongsikan pengalaman belian anda di ruangan komen, okay? Kalau ada benda rare yang anda jumpa pun boleh kongsikan juga.

Baca juga :

Nur Afifah 8 Jun 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertama Kali Dalam Sejarah, Rainforest World Music Festival 2021 Dianjurkan Secara Virtual Dan Percuma!
Next Article Perairan Miri Kembali Dihendap China, Kali Ini Giliran Kapal Pasukan Pengawal Pantai Pula

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut
Cerita Borneo

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut

10 Ogos 2022
Cerita Borneo

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY

10 Ogos 2022
Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa
Cerita Borneo

Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa

10 Ogos 2022
Cerita Borneo

Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Negara Kanada

9 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?