• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Peralihan Monsun Di Malaysia, Fenomena Banjir Kilat Dijangka Akan Berlaku

Oleh
Husna Hazmi
21 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Selain daripada banjir kilat, fenomena lain seperti tanah runtuh dan kepala air juga dijangka akan berlaku.

Peralihan Monsun Di Malaysia, Fenomena Banjir Kilat Dijangka Akan Berlaku. Dilaporkan bahawa, fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September 2021 ini dan sehingga awal November menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 19 Mei lepas.

Peralihan Monsun Di Malaysia, Fenomena Banjir Kilat Dijangka Akan Berlaku
Peralihan Monsun Di Malaysia, Fenomena Banjir Kilat Dijangka Akan Berlaku

Negara akan menerima tiupan angin lemah

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata semasa fasa itu, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

Apabila arah tiupan angin berubah ianya akan membawa kelembapan yang tinggi justeru akan menyebabkan cuaca lembap seperti hujan dan ribut petir. Oleh itu, beliau tidak menolak keadaan cuaca semasa berpotensi membawa fenomena seperti banjir kilat, tanah runtuh dan kepala air.

“Ada risiko berlakunya fenomena tersebut terutamanya bagi kawasan berisiko seperti kawasan rendah, kaki bukit dan yang berhampiran dengan sungai,” kata beliau.

Fenomena ini bukan perkara luar biasa kerana Malaysia kini sedang dalam penghujung monsun Barat Daya yang dijangka bakal berakhir 24 September ini. Monsun Barat Daya yang bermula Mei lalu dijangka berakhir pada Jumaat ini dan akan bermulalah fasa peralihan monsun.

Peralihan Monsun Di Malaysia, Fenomena Banjir Kilat Dijangka Akan Berlaku

“Sejak Ogos, kita berada dalam keadaan yang dipanggil monsoon break atau monsun melemah, dimana berlakunya perubahan pada arah tiupan angin.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” tambah beliau.

Muhammad Helmi juga menasihati orang ramai agar lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Jika ada sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di nombor 1-300-22-1638.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Kini Dilanda Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat Berterusan
Next Article Lagu Berjudul 'Serian' Keluar Dalam Aplikasi Spotify, Kenali Penyanyi Disebalik Lagu Ini Lagu Berjudul ‘Serian’ Keluar Dalam Aplikasi Spotify, Kenali Penyanyi Disebalik Lagu Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?