• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Kini Dilanda Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat Berterusan

Oleh
Ismail NA
21 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Daerah yang terjejas adalah seperti Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran.

Sabah Kini Dilanda Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat Berterusan. Akibat cuaca hujan lebat yang telah melanda Sabah sejak beberapa hari yang lalu, beberapa bahagian di Sabah dilanda banjir teruk terutamanya di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

Isi Isi Penting
  • Daerah yang terjejas adalah seperti Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran.
  • MetMalaysia dijangka berterusan di pantai barat dan pedalaman Sabah
  • Mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara
  • Baca juga :

Lebih memburukkan keadaan, hujan lebat yang melanda sejak pagi tadi mengakibatkan kejadian banjir kilat di daerah tersebut. Sehubungan itu, semua agensi yang terlibat telah dikerah dan membuat persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk bencana banjir yang dilihat bakal berterusan di Sabah. Mereka juga akan melakukan pemantauan di kawasan panas (hotspot) banjir, menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Kawasan yang dilanda banjir di Kota Kinabalu adalah seperti Likas, Tobobon, Manggatal sehingga ke Inanam dan Kolombong. Manakala di Penampang, dilaporkan kawasan Kolopis dan Donggongon turut terjejas selain Salut, Telipok dan Rugading di Tuaran.

Sabah Kini Dilanda Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat Berterusan
Sabah Kini Dilanda Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat Berterusan. Laluan jalan Kota Kinabalu dan Kota Belud

MetMalaysia dijangka berterusan di pantai barat dan pedalaman Sabah

Banjir ini juga telah menyebabkan trafik jalan dari Tuaran menuju ke Kota Kinabalu tidak dapat dilalui oleh kenderaan akibat air yang melimpah ke jalan. Jalan yang terlibat adalah seperti Jalan Salut, Jalan Sulaman, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira 3 kilometer. Di Penampang pula, Jalan Datuk Panglima Banting dan Jalan Kolopis dilaporkan tidak dapat dilalui.

Sehingga petang ini, 39 kawasan di Kota Belud seperti Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud dan Kampung Bobot telah terjejas, manakala 10 kawasan di Kota Kinabalu turut menghadapi situasi yang sama iaitu Taman Fulliwa, Taman Wijaya Park, dan Kampung Lapasan.

Mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara

Seramai 14 orang daripada 5 keluarga mangsa banjir di Siptang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Mini Mesapol pagi tadi. 20 mangsa banjir daripada 3 keluarga di Kota Belud dipindahkan ke PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol. Proses pemindahan mangsa banjir juga masih berjalan pada ketika ini, namun jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah lain masih belum disahkan.

Pada jam 8.35 pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca buruk di kawasan pantai barat Sabah dan dijangka berterusan di Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.

Hujan lebat juga dijangka berlaku di kawasan pedalaman Sabah seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, dan Tambunan.

📍Laluan Masjid Likas Menuju Kota Kinabalu

Posted by Info Lalu Lintas Sabah on Monday, September 20, 2021

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Next Article Peralihan Monsun Di Malaysia, Fenomena Banjir Kilat Dijangka Akan Berlaku

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?