Perarakan Gawai Dayak atau Niti Daun Peringkat Negeri Sarawak 2024
Tular Pelancong Ikut Poco-poco, Perarakan Gawai Dayak 2024 Tarik Perhatian Ramai. Dengan cuaca yang kurang baik di mana berlakunya hujan lebat ketika perarakan Gawai Dayak 2024, perkara ini tidak menghalang semua peserta dan pengunjung untuk menikmati sepenuhnya pengalaman acara berkenaan.
Perarakan Gawai Dayak atau Niti Daun Peringkat Negeri Sarawak 2024 itu berlangsung dengan meriahnya di sekitar Tebingan Kuching pada semalam.


Perarakan diketuai Premier Sarawak
Perarakan tersebut diketuai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah mengenakan kostum masyarakat Bidayuh bersama 3,000 peserta dengan masing-masing menggayakan busana tradisional, termasuk kaum Iban dan Orang Ulu.
Walaupun cuaca yang kurang mengizinkan, acara tersebut tetap disambut meriah oleh peserta dan juga pengunjung yang hadir.
Tular di media sosial di mana pada perarakan Gawai Dayak tersebut pelancong dari luar negara bersama-sama mengikuti tarian poco-poco yang diadakan pada penutup acara tersebut.



Tarik perhatian ramai
Tarian poco-poco pelangcong luar negara tersebut yang amat baik telah menarik perhatian orang ramai!
Ramai juga kagum dengan kemeriahan perarakan itu walaupun dengan cuaca hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang acara tersebut.
Semangat tinggi orang Sarawak dalam mengekalkan budaya dan tradisi negeri ini amat amat mengagumkan sehingga ia berjaya menarik perhatian ramai orang dari seluruh Malaysia serta pelancong di luar negara.

