• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan

Oleh
Aina Musa
15 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan

The unseen city di Kalimantan Selatan

Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan. Selain keindahan alam, budaya, serta tradisinya, Indonesia juga terkenal dengan tempat-tempat yang penuh misteri. Salah satu tempat tersebut adalah Saranjana, sebuah kota ghaib di Kalimantan Selatan yang dipercayai dihuni oleh para jin yang tidak kelihatan.

Bagi masyarakat luar Kalimantan, nama Saranjana mungkin kedengaran asing. Namun, bagi penduduk tempatan, terutama di Kalimantan Selatan, kisah mengenai kota ini sudah menjadi legenda.

Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan
Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan. Sumber: Google

Ramai yang percaya bahawa Saranjana adalah sebuah kota dengan peradaban yang sangat maju. Nelayan sering melaporkan melihat rumah api dan bangunan pencakar langit yang dikatakan berasal dari kota ghaib ini.

Terdapat juga larangan untuk melakukan pelbagai aktiviti atau memakai pakaian tertentu semasa berada di kawasan yang dipercayai berhampiran dengan Saranjana. Kononnya, beberapa penduduk yang cuba mengunjungi kota ini tidak pernah kembali lagi. Malah, sebuah kajian ilmiah oleh Mansyur pada tahun 2018 mengesahkan bahawa keberadaan kota Saranjana adalah fakta.

Dari mana datangnya Kota Saranjana ini?

Sejarah mencatatkan bahawa seorang naturalis Jerman, Salomon Muller, pada tahun 1845, menggambarkan dalam peta wilayah pesisir Kalimantan bahawa terdapat sebuah kawasan yang dinamakan Tandjong Serandjana di sebelah selatan Pulau Laut. Selain itu, Pieter Johannes Veth juga mencatatkan tentang Sarandjana dalam kamusnya, menunjukkan keyakinan masyarakat Borneo bahawa kota ini sukar ditemui oleh mereka yang sengaja mencarinya, menjadikannya satu mitos yang meluas.

Satu lagi legenda mengaitkan Saranjana dengan Kerajaan Pulau Halimun. Diceritakan bahawa Raja Pakurindang mempunyai dua anak, Sambu Batung dan Sambu Ranjana. Sambu Ranjana diberi kuasa untuk membina kota ghaib di Saranjana. Nama Sambu Ranjana kemudiannya berubah menjadi Saranjana dalam bahasa setempat.

Kepercayaan masyarajat mengenai Kota Saranjana

Walaupun nama Saranjana muncul dalam peta lama, keberadaannya kini tidak dapat dipastikan. Beberapa sumber menyebut bahawa Saranjana terletak di Desa Oka-Oka, Pulau Laut, atau di Teluk Tamian, Pulau Laut. Meskipun tidak terdapat dalam peta Indonesia moden, masyarakat Borneo tetap percaya pada kewujudan kota ghaib ini.

Kota Saranjana dipercayai didiami oleh makhluk seperti jin Muslim dan digambarkan sebagai kota yang sangat maju dengan jalan lebar dan bangunan megah. Kota ini dipercayai hanya boleh dilihat oleh mereka yang memiliki kemampuan spiritual yang tinggi.

Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan

Kota Saranjana, dengan segala misteri dan mitosnya, terus menjadi satu kisah yang menarik dan penuh tanda tanya di Kalimantan. Sama ada ia benar-benar wujud atau sekadar mitos yang diceritakan turun-temurun, kota ini tetap menjadi salah satu misteri yang menunggu untuk diungkap kebenarannya.

Baca lagi artikel menarik:

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan
5 Kisah Lagenda Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Universiti Tempatan Ditemui Lemas Di Tasik Dalam Kampus
Next Article Pekerja Bank Di Kota Kinabalu Ditahan Selepas RM24 Juta Lesap Dalam Akaun Simpanan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?