• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Perarakan Perkahwinan Putera Mateen, Hotel Seluruh Bandar Seri Begawan Dilaporkan Penuh

Oleh
Ismail NA
11 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Perarakan perkahwinan diraja yang pastinya menjadi momen bersejarah Brunei

Demi Perarakan Perkahwinan Putera Mateen, Hotel Seluruh Bandar Seri Begawan Dilaporkan Penuh. Menjelang hari bersejarah buat keluarga kerabat diraja Brunei dan seluruh rakyat jelatanya, ibu negeri Brunei iaitu Bandar Seri Begawan dilaporkan telah menerima tempahan hotel yang tinggi sempena perkahwinan diraja Putera Mateen dan pasangannya, Dayang Anisha Rosnah Isa-Kalebic.

Laman berita Brunei Bulletin menyebut bahawa perkara tersebut disahkan oleh pengurus besar di sebuah hotel tempatan, Andy Goh yang memberitahu bahawa tempahan bilik untuk hotelnya telah penuh pada 14 Januari 2024, Ahad.

Demi Perarakan Perkahwinan Putera Mateen, Hotel Seluruh Bandar Seri Begawan Dilaporkan Penuh
Demi Perarakan Perkahwinan Putera Mateen, Hotel Seluruh Bandar Seri Begawan Dilaporkan Penuh. Kredit foto: Freme.com

Mana tidaknya, tarikh ini merupakan tarikh yang paling dinantikan oleh semua apabila Putera Mateen dan pasangannya, Dayang Anisah Rosnah bakal menyempurnakan istiadat perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan.

Tempahan sudah dibuat sejak Oktober 2023

Jelasnya, rakyat Brunei dari seluruh negara telah mula membuat tempahan hotel sejak Oktober lalu, dengan penginapan satu malam spesifiknya pada hari 14 Januari 2024. Ini adalah bagi membolehkan mereka mendapatkan tempat terbaik untuk menyaksikan perarakan bersejarah tersebut dengan jarak lebih dekat.

Bukan itu saja, tempahan hotel daripada turut diterima daripada kedutaaan asing yang tampaknya teruja untuk menyaksikan perarakan pasangan diraja tersebut.

Untuk makluman, perkahwinan tersebut dijadualkan berlangsung selama 10 hari bermula Ahad lalu.

Satu majlis akad nikah berlangsung pada 11 Januari, dengan majlis resepsi dan perarakan di Bandar Seri Begawan pada 14 Januari. Perkahwinan tersebut akan berakhir secara rasmi pada 16 Januari dengan Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga.

Baca juga artikel menarik tentang hubungan akrab antara Brunei dan Malaysia:

Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia
‘Sebijik Macam Awie Dan Ziana Zain’, Penyanyi Iban Dan Brunei Ini Raih Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Scam Dan Menyamar Sebagai Pegawai SPRM, Anak Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah Scam Dan Menyamar Sebagai Pegawai SPRM, Anak Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah
Next Article Kenali Dayang Anisha, Isteri Putera Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?