• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Scam Dan Menyamar Sebagai Pegawai SPRM, Anak Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah

Oleh
Aina Musa
11 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Scam Dan Menyamar Sebagai Pegawai SPRM, Anak Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah

Nafi bersalah atas pertuduhan terlibat aktiviti scam dan penipuan

Scam Dan Menyamar Sebagai Pegawai SPRM, Anak Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah. Anak seorang ahli politik di Sabah telah dipanggil ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada semalam untuk menghadapi dua tuduhan, iaitu menyamar menjadi Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aries Ryan Philip Among, 30 tahun, telah menafikan kedua-dua tuduhan utama dan alternatif yang dibentangkan oleh hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga.

Scam Dan Menyamar Sebagai Pegawai SPRM, Anak Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah. Sumber: The Star

Menurut tuduhan utama yang pertama, Aries telah menipu Mohd Zaidi Abdullah, dengan berpura-pura menjadi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya melalui aplikasi whatsapp pada 24 jun 2023 jam 11.46 pagi di sebuah rumah di perumahan Desa Aman, ibu pejabat polis di Jalan Kepayan.

Aries telah memujuk Zaidi untuk memasukkan RM8,000 ke dalam akaun bank milik orang lain sebagai sumbangan lembu korban.

Menurut tuduhan kedua, Aries telah menipu Zaidi dengan berpura-pura menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi whatsapp pada 30 jun 2023 jam 11.22 pagi di lokasi yang sama.

Aries telah memujuk Zaidi untuk memasukkan wang sebanyak RM27,000 sebagai sumbangan untuk menghadiri konvokesyen anak lelaki Azam di Sydney, Australia dan RM14,300 lagi sebagai pinjaman.

Sementara itu, menurut tuduhan alternatif pertama dan kedua, Aries telah menipu Zaidi melalui whatsap dan memujuknya untuk memasukkan keseluruhan wang sebanyak rm49,300 ke dalam tiga akaun yang berlainan.

Kedua-dua tuduhan alternatif dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang menjatuhkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 14 Februari untuk pengurusan kes dan Aries dibenarkan keluar dengan jaminan RM40,000 dengan RM5,000 deposit.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali, tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan dan pasportnya dirampas oleh mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Izzati Sapifee, mengemukakan pendakwaan terhadap tertuduh yang diwakili oleh Peguam Muhmad Amirul Amin.

Sebelum itu, pihak pendakwaan meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM40,000 dan beberapa syarat lain jika tertuduh dibenarkan keluar dengan jaminan.

Namun, Amirul memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan bulanan antara RM1,500 dan RM2,500.

Beliau juga berkata tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak serta menjaga ibunya.

Baca lagi artikel menarik:

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
MAG Perkenal Uniform Baru Untuk Staf AeroDarat, Songket Pengganti Corak Batik Ikonik

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Next Article Demi Perarakan Perkahwinan Putera Mateen, Hotel Seluruh Bandar Seri Begawan Dilaporkan Penuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?