• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dr Sim Dedah Sarawak ‘Pegang Rekod’ Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia

Oleh
Aina Musa
16 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Dr Sim Dedah Sarawak 'Pegang Rekod' Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia

Hanya 20,000 bayi dilahirkan tahun lalu

Dr Sim Dedah Sarawak ‘Pegang Rekod’ Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia. Meskipun tanah Sarawak luas, namun kadar kelahiran di negeri ini antara terendah di Malaysia, kata Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Dr Sim Dedah Sarawak 'Pegang Rekod' Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia
Dr Sim Dedah Sarawak ‘Pegang Rekod’ Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia. Sumber: Borneo Network

Beliau memberitahu, pada tahun lalu hanya 20,000 bayi dilahirkan.

Sarawak mencatatkan kadar kelahiran terendah dalam negara dengan hanya 20,000 bayi yang dilahirkan pada tahun lalu.

Dengan purata hanya 2.5 juta penduduk di Sarawak berbanding 30 juta di Semenanjung

“Walaupun Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia, namun jumlah penduduk di Sarawak hanya 2.5 juta berbanding dengan Semenanjung Malaysia dengan populasi seramai 30 juta orang.

“Malah, kita (Sarawak) mempunyai kadar kelahiran terendah bagi seluruh negara,” katanya.

Jelas Dr Sim, semasa pandemik COVID-19 tahun lepas, hanya 20,000 kelahiran dicatatkan dan sehingga kini hanya 40,000 kelahiran dicatatkan.

Dr Sim Dedah Sarawak 'Pegang Rekod' Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia

Tambah beliau, kerajaan Sarawak telah mengenal pasti perkara ini kerana setiap tahun kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan kewangan kepada anak-anak ini menerusi Endowment Fund Sarawak (EFS), dana insentif bantuan bayi baru lahir Sarawak RM1,000. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidangan Academy for Silent Mentor (AFSM) Tripartite 2022 di sini, semalam.

Angka kelahiran dilihat semakin membimbangkan

Pada masa yang sama Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, migrasi dari luar bandar ke bandar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian.

“Sekiranya anda ke rumah-rumah panjang di sana anda akan lihat hanya warga emas sahaja yang masih tinggal di situ. 

Dr Sim Dedah Sarawak 'Pegang Rekod' Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia

“Saya bimbang dalam masa 50 tahun akan datang tiada orang yang akan tinggal di rumah-rumah panjang berkenaan,” ujarnya.

Katanya lagi, masyarakat hanya akan berkumpul pada musim perayaan sahaja dan di lain waktu hanya warga emas sahaja yang tinggal di rumah-rumah panjang.

SUMBER :Borneo Network
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau
Next Article Percuma Tak Perlu Bayar, Rupa-Rupanya Tudung Tupperware Yang Retak Boleh Diganti Baru Percuma Tak Perlu Bayar, Rupa-Rupanya Tudung Tupperware Yang Retak Boleh Diganti Baru

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?