• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan Mungkin Tidak Dilanjutkan Selepas 4 Februari

Oleh
ILB - AI
26 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Perintah Kawalan Pergerakan Mungkin Tidak Dilanjutkan Selepas 4 Februari

Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) jika dilanjutkan akan memudaratkan ekonomi negara

Perintah Kawalan Pergerakan Mungkin Tidak Dilanjutkan Selepas 4 Februari. Menurut laporan, PKP dilaporkan mungkin tidak dilanjutkan selepas ia berkakhir pada 4 Februari ini.

Hal ini kerana kerajaan bimbang bahawa PKP yang berpanjangan akan terlalu memudaratkan ekonomi negara.

Perintah Kawalan Pergerakan Mungkin Tidak Dilanjutkan Selepas 4 Februari

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengembalikan PKPB

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikembalikan untuk mengganti PKP, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Kredit: New Straits Times

PKP, yang dijadualkan untuk berakhir pada 4 Februari, akan diganti dengan PKPB kerana PKP yang berpanjangan akan menjejaskan ekonomi negara.

“Kami tidak mahu memanjangkan PKP. Jika ia berpanjangan, ekonomi kita akan terjejas. Kita perlu menyeimbangkan kesihatan dan ekonomi, kehidupan dan penghidupan. Jadi, kami melaksanakan PKP hingga 4 Februari dan mengembalikan PKPB,” katanya.

Dengan gabungan PKP dan PKPB, diramalkan jumlah kes boleh dikurangkan menjadi dua digit menjelang Mei.

Jumlah kes Covid-19 mungkin menurun

Menurut beliau lagi, R0 semasa (kadar jangkitan, digelar ‘R-naught) telah turun ke 1.06 dari 1.2. Perkara ini menunjukkan bahawa jumlah kes Covid-19 mungkin menurun.

Infografik menjelaskan bagaimana R0 menilai kadar jangkitan. Kredit: Healthline

Hari Isnin, jumlah kes adalah 3,048 – kurang dari sehari sebelumnya iaitu 3,346 kes/

“Kami berharap kes dapat stabil pada 3,000. Sekarang, R0 turun ke 1.06 tetapi ini tidak mencukupi. Besok, ia mungkin kurang dari 1.06; lebih baik jika kurang dari satu. Oleh itu, kami berharap dalam dua minggu pertama PKP, jumlah kes stabil dan tidak ada kenaikan. Dan selepas 27 Januari, kami menjangkakan jumlah kes akan menurun,” tambahnya.

PKP 2.0 dikenakan sejak 13 Januari lalu di beberapa negeri selama 2 minggu dan pada mulanya sepatutnya berakhir pada 26 Januari.

Semua negeri dan wilayah persekutuan (kecuali Sarawak) dikenakan PKP yang akan berlangsung hingga 4 Februari ini.

Permulaan vaksinasi Covid-19 pusingan pertama sedang diusahakan oleh KKM dan dijangka bermula pada akhir Februari 2021.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Larikan Diri Dari Hospital Miri, Pesakit Positif COVID-19 Ditangkap Polis Beberapa Jam Kemudian Larikan Diri Dari Hospital Miri, Pesakit Positif COVID-19 Ditangkap Polis Beberapa Jam Kemudian
Next Article TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 205 Kes Positif Baharu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?