• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perluaskan Rangkaian, Batik Air Perkenal Laluan Baharu Ke Bintulu, Miri Dan Sandakan

Oleh
Farisha
11 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Batik Air buka lembaran baharu, penerbangan terus ke Bintulu, Miri dan Sandakan

Perluaskan Rangkaian, Batik Air Perkenal Laluan Baharu Ke Bintulu, Miri Dan Sandakan. Syarikat penerbangan berprestij, Batik Air, telah mengumumkan tiga laluan baharu ke Sabah dan Sarawak. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi Batik Air untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatannya dan menyediakan lebih banyak akses terus kepada pelancong ke kawasan tengah Malaysia Timur.

Laluan baharu ini melibatkan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bintulu, Miri dan Sandakan, yang akan meningkatkan kemudahan perjalanan untuk pelancong dan urusan perniagaan.

Perluaskan Rangkaian, Batik Air Perkenal Laluan Baharu Ke Bintulu, Miri Dan Sandakan
Perluaskan Rangkaian, Batik Air Perkenal Laluan Baharu Ke Bintulu, Miri Dan Sandakan

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, laluan Kuala Lumpur ke Bintulu akan bermula pada 1 November 2024, manakala laluan Kuala Lumpur ke Sandakan akan bermula pada 1 Disember 2024. Laluan Kuala Lumpur ke Miri pula akan memulakan operasi pada 14 Januari 2025.

Laluan Kuala Lumpur – Bintulu akan beroperasi sebanyak sepuluh kali seminggu, sementara dua laluan lain iaitu Kuala Lumpur – Miri dan Kuala Lumpur – Sandakan akan beroperasi sebanyak 14 kali seminggu. Keadaan ini jelas menawarkan pilihan perjalanan yang mudah dan fleksibel kepada para penumpang.

Berhubung dengan pembukaan laluan baharu ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, menegaskan komitmen syarikat penerbangan tersebut dalam menyokong pertumbuhan di Malaysia Timur. Beliau berpendapat bahawa Bintulu, Miri dan Sandakan merupakan destinasi yang mempunyai potensi besar sebagai pusat pelancongan dan industri.

Menurut laporan media tempatan, pada 13 September yang lalu, Batik Air telah melancarkan laluan ke dua destinasi yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia iaitu Hat Yai dan Krabi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia

SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kajian Dedah Sabah Dan Sarawak Capai Tahap Kesepaduan Sosial Tertinggi, Ini Rahsianya Kajian Dedah Sabah Dan Sarawak Capai Tahap Kesepaduan Sosial Tertinggi, Ini Rahsianya
Next Article Hanya Dengan Lipat Baju, Wanita Dapat RM7K Sebulan Raih Perhatian Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?