• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
29 September 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Lebih 20 penerbangan antarabangsa akan diperkenalkan sehingga akhir tahun ini

Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia. Dilaporkan bahawa, lebih 20 laluan penerbangan antarabangsa baharu akan diperkenalkan bermula bulan ini sehingga akhir tahun ini bagi meningkatkan pelancongan pesat ke Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Seri Tiong King Sing, menyatakan laluan antarabangsa baharu ini akan meliputi wilayah ASEAN, Asia, Afrika, dan Eropah.

Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia
Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia. Sumber foto: The Borneo Post

British Airways akan dibuka semula pada 11 November

Beliau berkata, antaranya adalah laluan penerbangan terus Kuala Lumpur-London oleh British Airways, yang akan dibuka semula pada 11 November selepas beberapa tahun dihentikan.

Laluan-laluan baharu ini dikatakan termasuk 10 laluan antarabangsa ASEAN, dengan Scoot Airlines dari Singapura merancang untuk membuka penerbangan terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, serta memperkenalkan penerbangan terus ke Melaka.

Laluan lain pula termasuk Da Nang, Vietnam ke Kuala Lumpur; Manado, Indonesia ke Kota Kinabalu; dan Ho Chi Minh City, Vietnam ke Kota Kinabalu, kata beliau dalam satu kenyataan di media sosial semalam (28 September).

Tiong turut menambah bahawa pada pertengahan Disember, China Eastern Airlines akan melancarkan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Wenzhou dan Xi’an.

Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia
Gambar sekadar hiasan

Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Yuncheng dan Changchun

Selain itu, penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Yuncheng dan Changchun juga akan dibuka tiga kali seminggu pada hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.

Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan berkeanaan juga merancang untuk melancarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pudong dan Harbin pada Januari tahun depan.

Rangkaian laluan baharu antara Malaysia dan China semakin berkembang, termasuk laluan seperti Kunming ke Kota Kinabalu; Chongqing ke KLIAZ; Shenzhen ke Pulau Pinang; dan Shantou ke Kota Kinabalu, dengan menawarkan dua penerbangan terus setiap hari dari Guangzhou ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Laluan antara Kunming, Chengdu, dan Kuala Lumpur dijangka dibuka sebelum akhir tahun.

Menyentuh mengenai AirAsia, Tiong berkata syarikat penerbangan berkenaan akan memperkenalkan laluan baharu antara Malaysia dan Indonesia, selain laluan baharu antara India (Lucknow dan New Delhi) ke Kuala Lumpur, serta antara Kenya (Afrika) dan KLIAZ, yang membuka lembaran baharu dalam pelancongan Malaysia-Afrika.

Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia
Gambar sekadar hiasan

Penawaran penerbangan sewa khas

Beliau turut menyatakan bahawa LOT Poland, Lucky Air, Asiana Airlines, dan Batik Air menawarkan penerbangan sewa khas yang disesuaikan untuk memenuhi permintaan pasaran tertentu, termasuk Warsaw (Poland) ke Langkawi, Lijiang (China) ke Kuala Lumpur, Incheon (Korea Selatan) ke Kota Kinabalu, dan Kunming (China) ke Pulau Pinang.

Setakat Ogos 2024, jumlah kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia telah mencapai 16,451,191 orang, mencatatkan peningkatan sebanyak 29.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Sebanyak 3,223 penerbangan terus ke Malaysia setiap minggu pada Ogos 2024, menawarkan 650,913 tempat duduk.

Hal ini telah meningkatkan sektor pelancongan, dan perlu memastikan negara bersedia untuk menghadapi musim percutian puncak pada akhir tahun, tambah Tiong.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Projek Jalan Raya Miri Cecah RM8 Bilion, Perluas Akses Ke Limbang Dan Lawas
Abang Jo Umum Peruntukan Lebih RM300 Juta Untuk BCCK 2, Mampu Tampung 15,000 Orang
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Projek Jalan Raya Miri Cecah RM8 Bilion, Perluas Akses Ke Limbang Dan Lawas
Next Article Jadikan Karung Guni Sebagai Bagasi, Menteri Pendidikan Ambil Tindakan Segera Bantu Pelajar UMS

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?