Borneo: A Jungle Nightmare
Permainan Video Yang Menggambarkan Penduduk Borneo Sebagai Kanibalistik Dikecam Netizen. Beberapa hari lepas, sebuah studio pembangun permainan berkongsi sebuah treler permainan video yang akan datang di Twitter mereka, yang bertajuk Borneo: A Jungle Nightmare.
Namun, treler berkenaan menggambarkan Borneo dengan pandangan negatif dan turut dikecam kerana penyataan yang salah terhadap penduduk di Borneo.
Permainan yang di set dalam hutan Borneo, di mana pemain perlu lari dari kanibal(?)
Studio pembangun permainan terbabit, iaitu Fantastico Studio berkongsi treler tersebut menerusi Twitter. Anda boleh lihat treler tersebut di bawah:
𝐺𝑒𝑡 𝑟𝑒𝑎𝑑𝑦 𝑓𝑜𝑟 𝑎 𝑐𝑎𝑛𝑛𝑖𝑏𝑎𝑙𝑖𝑠𝑡𝑖𝑐 𝑠𝑢𝑚𝑚𝑒𝑟 💀
𝐁𝐨𝐫𝐧𝐞𝐨: 𝐀 𝐉𝐮𝐧𝐠𝐥𝐞 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭𝐦𝐚𝐫𝐞 is an horror graphic adventure, directed by 𝐑𝐮𝐠𝐠𝐞𝐫𝐨 𝐃𝐞𝐨𝐝𝐚𝐭𝐨
Wishlist now 👇https://t.co/cniWqKpHfv #cannibals #cannibalholocaust #indiedev pic.twitter.com/MxOSbjvriI
— Fantastico Studio (@fantasticodev) December 2, 2020
Dalam treler terbabit, penduduk Borneo, terutamanya masyarakat Dayak, digambarkan sebagai kaum yang kanibalistik (iaitu perbuatan atau amalan manusia memakan daging atau organ dalaman manusia lain). Mereka digambarkan mengguna senjata yang tidak dapat dikenal pasti, dipercayai digunakan untuk memburu manusia.
Anda juga dapat melihat beberapa manusia digambarkan menjadi mangsa ‘kanibal’ dan salah satu ‘kanibal’ terbabit mempunyai tatu Bungai Terung.
Susulan treler itu dimuat naik, pelbagai reaksi bertimbul dari netizen yang berpendapat bahawa treler tersebut memaparkan stereotaip negatif terhadap penduduk Borneo.
tw // gore
Lmao so not only do they use REAL ppl as a prop for a shoe-horned horror trope, not only do they depict "native" ppl in dehumanised/grotesque caricatures—but it's not even accurate? Look at their tattoos!!! And…they have face paint? And what is that 2 prong weapon? https://t.co/vtJzdgtRaX pic.twitter.com/i899VcLemI
— Bethany Luhong Balan (@BeeBalan) December 3, 2020
“Mereka bukan sahaja menggunakan orang yang BENAR sebagai alat peraga permainan ngeri mereka, yang menggambarkan orang-orang ‘asli’ dalam karikatur yang tidak berperikemanusiaan, tetapi tidak tepat? Tengok tatu mereka! Dan mereka ada cat muka? Dan apakah senjata itu?”
Read. The. Room.
This is tasteless, disrespectful garbage. Use your talents to celebrate cultures that belong to you, not denigrate or demonize ones that don't belong to you.
— Jean Leggett 💫 (@JeanLeggett) December 3, 2020
“Agak-agak lah. Memang tiada hormat langsung. Gunalah kemahiran korang untuk meraikan budaya yang memang milik anda, bukan memburukkan budaya lain yang bukan milik korang.”
As a Borneoan, this is an insult to Borneo and my people. You are giving the wrong impression to outsiders that we are cannibals. We are anything BUT cannibal.
— Tijan™🤟🏼 (@tijanishere) December 3, 2020
“Sebagai orang Borneo, (treler) ini adalah penghinaan terhadap Borneo dan bangsa saya. Korang memberi gambaran yang salah kepada orang luar bahawa kita kanibal. Kita adalah apa-apa TETAPI kanibal.”
Wakil studio tampil menjelaskan
Oleh kerana permainan ini dikritik oleh rakyat Malaysia, Indonesia, dan bahkan Filipina, studio terbabit akhirnya tampil menjelaskan konsep permainan ini.
Menerusi sebuah temu bual dengan IGN SEA, seorang pereka permainan di Fantastico Studio iaitu Federico Baglivo, menjelaskan lagi tentang konsep mereka dan bagaimana idea permainan itu dicetus.
Ketika ditanya IGN SEA mengapa pihak mereka tidak mempertimbangkan untuk menggunakan suku dan pulau asli fiksyen, Baglivo menyedari bahawa treler tersebut telah menyinggung perasaan penduduk Borneo dan memohon maaf atas kejadian tersebut.
“Kami minta maaf kerana penduduk asli Borneo tersinggung. Sebenarnya, kami tidak mengatakan bahawa ada kanibal di Borneo, dan kami tidak akan menunjukkan kanibal dari Borneo dalam permainan itu. Kami menyedari bahawa dari treler mungkin kelihatan seperti itu, tetapi permainannya lebih daripada sekadar treler. Ini akan menjadi kritikan terhadap prasangka dan kejahilan yang tersebar di Barat. Mengenai budaya tempat itu dan penggunaan nama dan tempat sebenar, banyak kajian telah dilakukan semasa penulisan,” kata Baglivo.
Ketika ditanya lagi mengenai salah seorang watak dalam treler berkenaan yang jelas mempunyai tatu bungai terung dan adakah mereka membuat kajian tentang budaya yang pelbagai di Borneo serta berunding dengan pakar atau orang dari Borneo, Baglivo berjawab,
“Penduduk asli yang ditunjukkan dalam ilustrasi adalah hasil stereotaip Barat, yang akan menjadi teras keseluruhan permainan. Pencipta dan pengarah permainan tersebut iaitu Ruggero Deodato bukan sahaja mendokumentasikan tetapi juga mempelajari budaya di lokasi terbabit. Dia menunjukkan kepada kami gambar perjalanan sambil belajarnya ke pelbagai tempat di Borneo.”
Baglivo juga menyatakan bahawa permainan ini akan ditetapkan di sebuah bandar di Amerika Syarikat.
“Plot utama berpusat di sebuah bandar di Amerika Syarikat. Sudah tentu, hutan juga akan ditunjukkan, yang di Borneo telah dipilih kerana Deodato adalah pencinta tempat-tempat itu dan sangat mengenali mereka. Mesej permainan adalah kritikan terhadap nilai-nilai Barat yang merosot. Prasangka dan kejahilan itu jahat, dan kita akan mengatakannya dengan jelas”
Bukan kali pertama pengarah terbabit dikecam
Ruggero Deodato, iaitu pengarah permainan ini, pernah dikecam kerana filem seram tahun 1980 Cannibal Holocaust, yang menggambarkan sekumpulan pembuat filem dikejar oleh “kanibal dari Amazon”.
Permainan ‘Borneo: Jungle Nightmare’ juga serupa, hanya kali ini ia adalah permainan video mengenai seorang wartawan yang mendedahkan “kengerian kanibalistik di tengah-tengah Borneo”.
Untuk meringkaskan kejadian ini, pentingnya untuk menghormati satu sama lain, walaupun bukan dari budaya yang sama. Sekiranya anda dalam posisi untuk membuat sesuatu berdasarkan perkara-perkara kehidupan sebenar, penting untuk bertimbang rasa dan mengetahui idea apa yang boleh digunakan dan idea apa yang boleh mencemarkan.
Dalam kes ini, seperti bagaimana pembangun permainan video mungkin secara tidak sengaja menunjukkan penggambaran stereotaip terhadap kaum yang kurang diwakili, mereka juga memiliki kemampuan untuk membalikkannya dan sebaliknya menggambarkan suku asli setepat mungkin.
Apakah pendapat anda tentang treler tersebut dan penjelasan wakil studio itu? Adakah penjelasan wakil studio tersebut cukup kukuh untuk mempertahankan permainan itu? Atau adakah treler itu telah menyebabkan ‘kerosakan’ yang cukup untuk ketepikan pertimbangan untuk memberikannya peluang kedua?