“So what she is more successful?” – Netizen
Teman Wanita Tak ‘Lari’ Walaupun Lebih Berjaya Buatkan Lelaki Ini Nekad Berusaha Untuk Tingkatkan Diri. Secara tradisional, lelaki adalah pencari nafkah dalam sebuah keluarga. Walau bagaimanapun, di era ini, kita sudah dapat lihat para wanita yang bekerja keras untuk wang mereka sendiri dan mencapai kejayaan atas titik peluh sendiri.
Bagi lelaki ini, kejayaan teman wanitanya sebelum beliau mengajarnya untuk bekerja lebih keras untuk hidup yang diimpikannya.
In a relationship selama 9 tahun
Seorang usahawan, Eugene Ng berkongsi menerusi Facebook tentang pengalaman perjalanannya sebagai seorang teman lelaki yang hanya tahu ‘berikat perut’ sehingga menjadi seorang usahawan yang setaraf dengan kejayaan teman wanitanya.
SO WHAT IF SHE IS MORE SUCCESSFUL ? 😏THIS IS GOING TO BE A LONG POST ! but it is worth reading it !The last month…
Posted by Eugene Ng on Tuesday, December 8, 2020
Menurut beliau, beliau dan kekasihnya, YinYin, telah bersama selama 9 tahun sejak sekolah menengah. Mereka berdua telah melalui kesusahan bersama dan selama tahun ini sejak PKP bermula, Eugene merenung 9 tahun mereka bersama.
Menerusi perkongsian beliau, Eugene berkata dahulu beliau adalah seorang lelaki yang pemalas dan tidak mempunyai hala tuju. Malah, beliau hanya puas dengan apa yang ada dalam kehidupannya dan lebih suka membajet daripada bekerja keras untuk mencapai keinginannya, sehingga sanggup memakan hanya roti 70 sen dan roti canai tiga kali sehari.
“Saya masih ingat zaman kami berdua hanya makan nasi lemak, roti harga 70 sen, dan roti canai 3 kali sehari demi menjimatkan wang tersebut untuk buku, tujuan perniagaan, kos operasi perniagaan kami dan lain-lain. Pernah sekali YinYin menipu ibu bapanya dengan mengatakan bahawa dia sedang menikmati McDonald’s untuk makan malam dengan mengambil gambarnya dalam restoran itu dan kemudian kembali ke mamak untuk makan malam. Masa itu adalah motivasi bagi kami berdua untuk bekerja lebih keras dan lebih keras setiap hari sehingga suatu hari nanti masa depan kami berdua akan berbeza,” katanya.
Tambahnya lagi, sebelum itu, beliau bukan jenis yang mempunyai cita-cita dan hanya seorang lelaki biasa dari sebuah keluarga ibu bapa tunggal. Beliau menjelaskan lagi bahawa beliau adalah seorang yang pemalas, belum matang dan mempunyai ego yang tinggi.
Meskipun mempunyai sifat-sifat terbabit, Eugene bersyukur dengan YinYin sebab teman wanitanya masih dapat bersabar dengan beliau.
“YinYin membantu saya untuk menyedari bahawa saya hanya orang biasa dan saya harus bekerja keras untuk masa depan yang diigini oleh saya,” ujarnya lagi.
Teman wanita bekerja keras, Eugene masih membazir masa
YinYin menunjuk usahanya dengan bekerja keras setiap hari – hampir hari-hari beliau akan mulai harinya dari pukul 7 pagi hingga 2 pagi. Dalam masa itu, YinYin menghadapi pelbagai cabaran dan kritikan untuk belajar dan memperbaiki diri. Sementara itu, Eugene hanya tidur, bermain permainan video. Ringkas kata, Eugene membazirkan masanya membuat perkara yang tidak berfaedah.
“Saya malah menuntut dia menghabiskan lebih banyak masa dengan saya. Kalau lihat kembali perangai saya dahulu, saya benar-benar mahu menendang diri saya,” akui Eugene.
Pernah juga sekali ibu YinYin mempersoalkan hubungan anaknya dengan Eugene kerana bimbang YinYin akan dibuli oleh Eugene. Atas sebab kasih sayang, YinYin sanggup mempertahankan hubungan mereka berdua, malah mengatakan bahawa beliau berusaha untuk diri sendiri dan bukan untuk mereka berdua. Oleh itu, YinYin tetap berusaha dan ‘mengabaikan’ Eugene selama usahanya ke arah kejayaan.
Usaha teman wanita termakbul, Eugene mempersoalkan usaha diri
Apabila YinYin menerima gaji dari perniagaannya pada 18 September 2015, Eugene terkejut melihat YinYin mampu membeli banyak barang malah membelanjakan sebanyak RM1k lebih dalam sehari.
“Saya akan ingat tarikh ini seumur hidupku. Tarikh ini adalah tarikh yang memberi kesedaran kepada diriku. YinYin menawarkan diri untuk membeli makanan untuk saya dan saya terima tawaran itu. Pada hari tersebut, YinYin mula membeli banyak barang. Apa sahaja dia lihat dan suka, dia akan membeli. Dia menghabiskan sejumlah RM1k hari itu, dan nilai itu sangat banyak kerana pendapatan gabungan kami hanya RM2.5k – RM3k,” ujarnya lagi.
Pada saat itu, Eugene bertanya-tanya, mengapa dia tidak belanjanya? Mengapa dia tidak membawanya keluar untuk meraikan kejayaannya? Malah, Eugene menyedari bahawa sebelum ini beliau tak pernah berusaha pun untuk menyambut perkara kecil seperti hari jadi atau Valentine’s Day.
“Saya hanya pandai memberi alasan untuk tidak meraikan sambutan. Setiap kali saya melihat YinYin mengharapkan sesuatu seperti sebuah kek hari jadi yang kecil, atau bunga untuk Valentine’s Day, saya tak pernah membuatnya. Saya hanya memberitahu dia ‘tunggu saya sudah mampu’ atau ‘ini hanya akan membazirkan duit’. Saya mula merasa tercabar dengan kejayaan YinYin,” kata Eugene.
Tercabar dengan kejayaan YinYin, Eugene mula mempersoalkan adakah beliau layak menjadi kekasihnya.
Teman wanita sanggup tunggu Eugene naik ke atas
Sedar dengan kejayaan teman wanitanya adalah atas usaha YinYin sendiri, Eugene nekad berusaha untuk setaraf dengan kejayaan YinYin. Beliau mula berubah dan berusaha dengan lebih tekun.
Ia sehingga YinYin meminta Eugene untuk menemaninya tetapi Eugene tolak permintaan tersebut dengan alasan “saya belum dapat membeli awak makanan bagus, tunggu saya sebentar. Saya akan kembali untuk awak.”
Walaupun sudah berjaya dan mampu membeli kereta idamannya dan sebuah rumah pada usia 22 tahun, YinYin sanggup menemani Eugene dari bawah sekali lagi – dengan hanya memakan roti 70 sen, roti canai dan nasi lemak. Pernah juga YinYin sanggup spon Eugene memakan makanan yang bagus tetapi Eugene enggan menerima tawaran itu.
“Setiap hari dari 7am – 2am, berulang-ulang selama 2,3,4,5,6 tahun saya berusaha. Kini saya sudah mampu membeli kereta idaman saya, menunaikan janji saya untuk membawanya ke seluruh dunia, membeli nya hadiah, menyambut semua sambutan istimewa, membeli rumah untuk kami berdua dan banyak lagi.”
Eugene mengakhiri ciapannya dengan mengatakan terima kasih kepada YinYin kerana sanggup bersabar dengan beliau walaupun beliau lambat berjaya berbanding dengan YinYin.
YinYin berbalas pula menyatakan,
“Walaupun ada lagi lelaki lain yang lebih handsome, lebih kaya, Eugene ada di sisi saya selama saya berusaha. Saya pilih untuk fokus dengan diri sendiri dan tidak bergaduh dengan Eugene sebab saya percaya, jika dia menyayangi saya, dia akan berusaha untuk berubah serta menyokong saya.”
Tak semestinya kejar kekayaan, yang penting usaha ada
Kisah pasangan ini mungkin ditafsirkan secara berbeza (di mana seorang lelaki harus kaya untuk mengekalkan hubungan) tetapi moral dari cerita ini adalah:
Dalam hubungan, kedua-dua kekasih harus mempunyai usaha yang sama. Sekiranya salah seorang berusaha untuk kejayaannya, seorang lagi mesti menyokong dan cuba mengurangkan beban kekasih jika dapat. Tetapkan tahap untuk anda berdua dan bekerjasama untuk mencapai sasaran masing-masing. Tak semestinya kejar kekayaan, yang penting usaha untuk menjadi seorang yang baik dan berjaya dalam kerja masing-masing – maka, anda berdua pun akan rasa puas hati dengan achievement masing-masing, tak kira skala besar atau kecil.
Bagi Eugene dan YinYin, Eugene hanya tercabar bukan kerana status kewangan beliau yang jauh kurang daripada YinYin tetapi, beliau membandingkan diri dengan YinYin yang telah berusaha sejak zaman muda untuk menjalankan perniagaannya sementara Eugene membazirkan masanya membuat perkara yang tidak berfaedah – lalu kehilangan masa untuk bekerja untuk mencapai impiannya.
Disebalik menyerah dan berfikir bahawa beliau tidak layak dengan YinYin, Eugene bekerja keras untuk berada di level yang sama dengan teman wanitanya. Kesabaran YinYin selama beberapa tahun ternyata berbaloi kerana mereka berdua kini telah mencapai kejayaan mereka masing-masing. Bukan untuk mereka berdua sahaja, tetapi untuk kepuasan diri sendiri.
Semoga kisah mereka dapat menjadi inspirasi kepada orang lain – Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!