• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Permohonan Jawatan Guru DG41 KPM Kini Dibuka, Turut Pelawa Graduan Bukan Pendidikan

Oleh
ILB - AI
7 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

HEBAHAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 TAHUN 2023

Permohonan Jawatan Guru DG41 KPM Kini Dibuka, Turut Pelawa Graduan Bukan Pendidikan. Permohonan bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi 2023 menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dibuka mulai hari ini untuk menampung kekurangan sumber pengajar di seluruh negara ketika ini.

Isi Isi Penting
  • Graduan pendidikan bagi lantikan tetap dan Graduan bukan pendidikan bagi lantikan secara Contract of Service (CoS)
  • Iklan Permohonan Guru 2023 dipaparkan selama dua minggu sahaja mulai hari ini hingga 21 April
  • Tidak perlu dan tidak dibenarkan seperti tarikh ditetapkan di bawah:
  • Graduan yang memenuhi syarat akan dipanggil untuk temu duga

Difahamkan, graduan pendidikan atau bukan pendidikan bagi tahun 2023 kini dipelawa untuk memohon yang telah menamatkan pengajian dan memperolehi keputusan senat universiti bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru bagi Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan Jawatan Guru DG41 KPM Kini Dibuka, Turut Pelawa Graduan Bukan Pendidikan
Sumber: eCENTRAL

Graduan pendidikan bagi lantikan tetap dan Graduan bukan pendidikan bagi lantikan secara Contract of Service (CoS)

Untuk makluman, pengambilan jawatan tetap guru DG41 ini hanya dikhaskan kepada graduan pendidikan sahaja dan syarat permohonan boleh rujuk di sini. Manakala, pengambilan jawatan secara Contract of Service (Cos) in dikhaskan untuk graduan bukan pendidikan dan syarat permohonan boleh dirujuk di sini.

Iklan Permohonan Guru 2023 dipaparkan selama dua minggu sahaja mulai hari ini hingga 21 April

Oleh itu, graduan pendidikan dan bukan pendidikan yang berminat boleh membuat permohonan atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 21 April 2023.

Permohonan Jawatan Guru DG41 KPM Kini Dibuka, Turut Pelawa Graduan Bukan Pendidikan
Sumber: mySPP

Tidak perlu dan tidak dibenarkan seperti tarikh ditetapkan di bawah:

Bagaimanapun, graduan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 6 April 2023 tidak perlu membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.

Bahkan, graduan juga tidak dibenarkan untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.

Kesemua pemohon diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Permohonan Jawatan Guru DG41 KPM Kini Dibuka, Turut Pelawa Graduan Bukan Pendidikan
Sumber: eCENTRAL

Graduan yang memenuhi syarat akan dipanggil untuk temu duga

Hanya Graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sekadar info, KPM dilaporkan kekurangan guru kira-kira 4.49 peratus atau 19,431 orang berikutan persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Permohonan Baru, Kaunter Kemas Kini Maklumat BTR Boleh Dibuat Di Sarawak Plaza
Bantuan Keluarga Malaysia Bakal Dilaksana, Permohonan Baharu Dan Semakan BKM Dibuka Januari 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cotton On Mega Pertama Di Sarawak Kini Dibuka Di Vivacity Kuching Cotton On Mega Pertama Di Sarawak Kini Dibuka Di Vivacity Kuching
Next Article Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian 'Mat Saleh' Ini Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?