• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak Dibuka, Bantuan Sewa Rumah RM 200 Sebulan

Oleh
Ismail NA
21 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Manfaatkan peluang ini.

Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak Dibuka, Bantuan Sewa Rumah RM 200 Sebulan. Anda sedang menyewa rumah di sekitar kawasan Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri? Mungkin ini adalah satu berita baik untuk anda mengurangkan kesulitan anda dari segi kewangan pada waktu pandemik ini.

Isi Isi Penting
  • Manfaatkan peluang ini.
  • Inisiatif kerajaan Sarawak dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021
  • Syarat-syarat permohonan
  • Dokumen sokongan yang diperlukan
  • Lagi artikel menarik :

Tahukah anda bahawa Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) kini dibuka untuk permohonan baharu?

SRAS merupakan satu skim bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak untuk membantu penyewa membayar rumah sewa kediaman dengan jumlah sebanyak RM 200 sebulan. Bantuan ini akan diberikan selama 36 bulan atau maksimum selama 3 tahun!

Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak Dibuka, Bantuan Sewa Rumah RM 200 Sebulan
Gambar hiasan

Inisiatif kerajaan Sarawak dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021

Skim ini juga merupakan salah satu inisiatif dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021 seperti mana yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg pada November tahun lalu.

Dengan adanya skim ini, ia dijangka akan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 isi rumah yang berpendapatan rendah dan terkesan akibat pandemik.

Syarat-syarat permohonan

  1. Mestilah warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Sarawak dan mempunyai kad pengenalan dengan status ‘K’
  2. Berusia 21 tahun ke atas.
  3. Penerima bantuan e-kasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,131.00 sebulan.
  4. Berkahwin
  5. Bapa atau ibu tunggal dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 orang anak yang tinggal bersama.
  6. Keutamaan juga akan diberikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)
  7. Sedang menyewa (premis/rumah yang disewa BUKAN milik ahli keluarga terdekat)

Dokumen sokongan yang diperlukan

Inidvidu yang berminat dikehendaki untuk mengisi Borang Permohonan serta menyertakan salinan terkini dokumen yang berikut;

  1. Bukti penerima e-kasih
  2. Salinan sijil kahwin/sijil cerai
  3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  4. Salinan sijil lahir/MyKid/MyKad anak yang berada di bawah tanggungan dan tinggal bersama pemohon.
  5. Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/pasangan.
  6. Salinan kad OKU bagi pemohon OKU
  7. Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan setem hasil
  8. Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai SRAS
  9. Gambar premis/rumah sewa
Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak Dibuka, Bantuan Sewa Rumah RM 200 Sebulan
Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak Dibuka, Bantuan Sewa Rumah RM 200 Sebulan

Individu yang menepati kriteria dan berminat untuk memohon bantuan ini bolehlah menghubungi terus talian Ibu Pejabat HDC Kuching di talian 082-444 381 atau 082-443 681 untuk pertanyaan lanjut.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke pejabat-pejabat HDC di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Borang permohonan SRAS secara percuma boleh didapati dengan menekan butang berikut ;

Muat turun Borang Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) di sini

Lagi artikel menarik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Kes Rogol Bawah Umur, Gadis 13 Tahun Jadi Mangsa ‘Kawan Lelaki’ Yang Baru Dikenali Lagi Kes Rogol Bawah Umur, Gadis 13 Tahun Jadi Mangsa ‘Kawan Lelaki’ Yang Baru Dikenali
Next Article Sarawak Catat 76 Lagi Kes Baharu Varian Delta, Turut Dikesan Di 6 Daerah Lain Pula

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?