• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Catat 76 Lagi Kes Baharu Varian Delta, Turut Dikesan Di 6 Daerah Lain Pula

Oleh
Husna Hazmi
21 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sebelum ini, Varian Delta hanya dikesan di Kuching namun kini ianya dikesan di 6 lagi daerah lain di Sarawak.

Sarawak Catat 76 Lagi Kes Baharu Varian Delta, Turut Dikesan Di 6 Daerah Lain Pula. Dilaporkan bahawa, Pengarah Institut Perubatan dan Kesihatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera berkata 76 lagi kes baharu varian Delta (B.1.167.2) dikesan di negeri Sarawak . 76 kes baharu tersebut dikesan dalam pengesanan dan pengawasan berterusan Varian SAR-COC-2 yang menular di negeri ini.

Sarawak Catat 76 Lagi Kes Baharu Varian Delta, Turut Dikesan Di 6 Daerah Lain Pula
Sarawak Catat 76 Lagi Kes Baharu Varian Delta, Turut Dikesan Di 6 Daerah Lain Pula

Kes-kes positif telah diuji antara 7 Jun hingga 13 Julai

“Sampel daripada kes-kes positif telah diuji antara 7 Jun hingga 13 Julai, baru-baru ini.

“Majoriti kes iaitu 52 dikesan di Kuching,” katanya dalam laporan terbaharu beliau yang dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Menurut Dr Perera, kes-kes berkenaan dikenal pasti dalam sampel-sampel dari Hospital Sentosa, Balai Polis Satok serta beberapa lagi lokasi di Kuching.

Delta variant COVID-19 positive, blood sample tube positive with delta variant or Indian strain COVID-19

Dikesan di Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Miri dan Betong

“Selain itu, varian ini juga dikesan di Serian (11), Samarahan (3), Sri Aman (5), Sibu (1), Miri (1) dan Betong (1).

“Kita juga mengesan satu kes masing-masing bagi kategori Import A dan Import B,” jelas beliau.

Pada 13 Julai yang lepas, Dr Perera menerusi kenyataan beliau memaklumkan bahawa 16 kes varian Delta ( B.1 617.2) dikesan di daerah Kuching sahaja setakat 4 Julai 2021 lepas, dan kini ianya telah dikesan di Serian (11), Samarahan (3), Sri Aman (5), Sibu (1), Miri (1) dan Betong (1).

Selain itu, di dalam kenyataan beliau itu juga beliau memaklumkan dengan penambahan baharu itu Sarawak kini mempunyai 17 kes varian Delta dan kesemuanya dikesan di Kuching. Oleh itu, terdapat 93 varian Delta dikesan setakat ini di Sarawak dan 76 kes penambahan baharu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak Dibuka, Bantuan Sewa Rumah RM 200 Sebulan
Next Article Individu Di Sarawak Sudah Boleh Dapatkan Vaksin Secara ‘Walk-In’ Di PPV Mulai 23 Julai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?