• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Dikenali Sebagai Orkid Lundu, Kenali Bunga Rasmi Sarawak Orkid Normah

Oleh
Husna Hazmi
1 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Dahulu namanya Orkid Lundu, tetapi kini sudah ditukarkan kepada Orkid Normah.

Pernah Dikenali Sebagai Orkid Lundu, Kenali Bunga Rasmi Sarawak Orkid Normah. Tahukah anda negeri Sarawak mempunyai bunga rasminya tersendiri? Seperti yang kita semua ketahui, bunga rasmi untuk negara kita adalah Bunga Raya, tetapi jika anda bertanyakan soalan ‘tahukah anda apa bunga rasmi negeri Sarawak?’ pasti ramai lagi yang tidak mengetahui tentangnya.

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda sedikit sebanyak tentang bunga rasmi negeri Sarawak iaitu Orkid Normah atau nama botaninya Phalaenopsis Violacea.

Pernah Dikenali Sebagai Orkid Lundu, Kenali Bunga Rasmi Sarawak Orkid Normah
Kredit foto: FB APOC 13 Sarawak

Bunga orkid lambang kecantikan dan kekayaan

Merupakan lambang kecantikan dan juga kekayaan, bunga orkid adalah salah satu bunga yang amat digemari oleh ramai orang di luar sana. Terdapat pelbagai jenis dan juga spesis orkid di luar sana daripada yang mudah dijumpai sehingga yang rare dan amat sukar dijumpai.

Spesis orkid Phalaenopsis ini sangat popular terutamanya dikalangan tukang kebun di Rusia kerana bunganya yang berbentuk seperti rama-rama. Bergantung pada spesis yang tertentu

Diisytiharkan sebagai bunga rasmi Sarawak pada 28 Ogos 1983, ia dinamakan Orkid Normah sempena nama Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Abdullah iaitu isteri kepada Tuan Gabenor dan Mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub.

Pernah Dikenali Sebagai Orkid Lundu, Kenali Bunga Rasmi Sarawak Orkid Normah
Kredit foto: Gardenia.net

Digelar Orkid Lundu suatu ketika dahulu

Suatu ketika dahulu, bunga Orkid Normah ini dikenali sebagai Orkid Lundu kerana daerah Lundu merupakan habitat asal kepada bunga ini. Namun demikian Orkid Normah ini kini diancam kepupusan kerana terlalu ramai yang mengambilnya kerana ia boleh mengeluarkan haruman wangi apabila berkembang mekar.

Kini jika anda ingin melihat keindahan Bunga Orkid Normah, anda boleh singgah ke tapak-tapak nurseri yang memelihara bunga ini seperti di Taman Orkid Kuching. Orkid unik ini juga boleh ditemui di hutan-hutan di Semenanjung Malaysia dan Sumatera selain daripada di Kepulauan Borneo.

Lagi cerita menarik di sini buat anda:

Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diserang Ketika Mendayung Sampan, Seorang Kanak-Kanak Dibaham Buaya Di Lahad Datu Diserang Ketika Mendayung Sampan, Seorang Kanak-Kanak Dibaham Buaya Di Lahad Datu
Next Article Ketahui 'Cop Parkir' Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ Ketahui ‘Cop Parkir’ Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?