It’s finger lickin’ good!
Pernah Ditolak Lebih Dari 1000 Kali, Mari Kita Kenali Pengasas KFC. Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC, merupakan antara francais terkenal di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
Terkenal dengan ayam goreng original dan hot & spicy serta ramuan rahsia yang terdiri daripada 11 ramuan herba dan rempah yang menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan penggemar KFC, dari luaran KFC memaparkan penampilan syarikat makanan korporat biasa yang kita kenal.
Tetapi tahukah anda asal-usul KFC sebenarnya daripada seorang pengendali stesen minyak dan restoran pertama KFC hanya mempunyai sebuah meja yang boleh memuatkan 6 orang sahaja?

Nama pengasas KFC ialah Harland Sanders, atau lebih dikenali sebagai ‘Colonel Sanders’
Harland Sanders dilahirkan pada 9 September 1890 di sebuah ladang, sekitar 5 kilometer dari Henryville, Indiana.

Ketika beliau berusia 6 tahun, bapanya meninggal dunia dan ibunya tiada pilihan lain kecuali untuk bekerja demi menampung Harland dan adik-beradiknya.
Ibunya kemudian bekerja sebagai tukang jahit dan tukang mengupas kentang di kilang tempatan manakala Harland terpaksa menjaga adik-beradiknya dan masak untuk keluarga mereka. Malah, apabila Harland berusia 7 tahun, beliau sudah mahir membuat roti, memasak sayur-sayuran, dan hampir mahir memasak daging.
Ketika Harland berumur 10 tahun, beliau dapatkan kerja pertamanya di sebuah ladang namun dipecat sebulan kemudian kerana beliau mudah terganggu kerana layap bermain dengan haiwan ternakan ladang berkenaan. Well, kids bah!
Ibunya pernah merendahkan Harland kerana gagal mengekalkan sebuah pekerjaan untuk tempoh yang lama.
“Di sini kamu anak sulung saya. Bapa kamu sudah tiada, dan saya terpaksa bergantung kepada kamu untuk menjaga adik-beradikmu. Tetapi kamu tak guna. Kamu bahkan tidak dapat juga kekalkan pekerjaan lebih dari sebulan,” kata ibunya.
Malu kerana mengecewakan ibunya, Harland berjanji untuk bekerja keras lain kali beliau mempunyai pekerjaan.
Apabila Harland berusia 12 tahun, ibunya kahwin baru tetapi ayah tirinya tidak mahu menerima beliau dan adik-beradiknya sebagai anak-anak tirinya dan Harland tinggalkan keluarganya setahun kemudian.
Sekolah pada waktu pagi, kerja ladang sebelah petang
Harland dapatkan pekerjaan di sebuah ladang untuk menampung dirinya. Beliau akan bangun pada awal pagi untuk memberi makanan kepada ayam ternakan dan akan pergi ke sekolah kemudian.

Pada sebelah petang, beliau akan lakukan pekerjaan kecil yang lain dan pada waktu malam, beliau akan mengupas jagung sehingga pukul 8 malam.
Pada usia 13 tahun, Harland memulakan Gred Tujuh di sekolah tetapi berhenti sekolah 2 minggu kemudian apabila mendapati subjek Algebra terlalu sukar untuk difahami.
Beliau sambung bekerja di ladang tersebut selama 2 tahun sebelum memutus untuk mencuba pekerjaan lain.
Pernah bekerja sebagai askar
Selepas berhenti kerja di ladang itu, beliau cuba menceburi pekerjaan lain seperti pengendali kereta jalanan, askar, anggota bomba kereta api, penjual insuran, pengendali kapal wap, pembuat lampu, penjual tayar dan peguam!
Pada suatu ketika, isteri pertamanya, Josephine King Sanders dan anak-anak mereka tinggalkan Harland kerana Harland sering dipecat.

Nasib berubah ke baik apabila bekerja sebagai pengendali stesen minyak
Pada 1924, Harland berjalan kaki ke Winchester untuk mencari peluang pekerjaan lain. Semasa perjalanan, beliau meminta kebenaran seorang pemandu kereta untuk menumpang ke Winchester. Tanpa pengetahuan beliau, pemandu kereta tersebut adalah seorang pengurus besar stesen minyak Standard Oil Kentucky.
Apabila menceritakan kisahnya kepada lelaki itu, lelaki tersebut menawarkan pekerjaan kepada Harland iaitu untuk membantu menguruskan stesen minyak yang mengalami slow business akibat kurang pelanggan. Harland kemudian bersetuju untuk menerima tawaran itu.
Mengetahui stesen minyak tersebut mempunyai pemilik baharu – menyebabkan pelanggan enggan berkunjung ke sana akibat masih setia dengan pemilik lama, Harland berfokus kepada perkhidmatan pelanggan. Akhirnya, beliau berjaya memperoleh USD12,000 sebulan dari penjualan minyak – 3 kali ganda lebih dari orang lain pernah jual.
Namun, kesemuanya jatuh apabila Zaman Meleset melanda seluruh Amerika pada tahun 1930-an. Harland terpaksa menjual barang-barangnya demi menampung diri. Harland kemudian memutus untuk tinggalkan pekerjaannya.

Stesen Shell menawarkan pekerjaan kosong
Tak lama kemudian, Harland menerima tawaran pekerjaan dari stesen Shell untuk menguruskan stesen minyak mereka di Corbin, Kentucky.
Untuk memperoleh duit lebih, Harland akan kekadang masak untuk pelanggannya. Di stesen minyak Shell tersebut ada sebuah meja yang dapat memuatkan 6 pelanggan dan Harland akan menghidangkan masakannya seperti ham, okra, kacang panjang, biskut panas dan kemudian menambah ayam goreng dalam menunya.
Ayam goreng tersebut kemudian menjadi best-seller, malah dalam memoir beliau, beliau menyatakan,
“Saya percaya ayam goreng adalah Makanan Keramahan Amerika Utara.”
Menjelang tahun 1937, makanan Harland menjadi sangat popular hasil dari mulut ke mulut, pelanggan dari pelbagai negeri datang mengunjunginya untuk makan ayam gorengnya.
Akibat populariti beliau, beliau mengembangkan stesen minyak tersebut untuk merangkumi sebuah motel dan kafe yang dapat menampung 142 pelanggan.
Mendapati kesukaran menyediakan ayam goreng dalam masa singkat
Kebiasaannya, Harland akan menggoreng ayamnya mengguna kuali. Tetapi dengan pelanggan yang semakin menambah, mereka terpaksa bertunggu selama setengah jam untuk Harland masakkan ayam goreng mereka.
Untuk mengatasi masalah ini, beliau mengguna cara deep fry, iaitu meletakkan ayam ke dalam sebuah bakul berwayar dalam lemak pekat. Cara ini dapat masakkan ayam tersebut dengan laju dan juga menyebabkan kulitnya berkerak dan masak tak serata.
Beliau kemudian mengguna periuk tekanan, sebuah produk baharu pada waktu itu, untuk masakkan ayam gorengnya. Pada awalnya, periuk tekanan tersebut digunakan untuk masak sayur-sayuran tetapi beliau mendapati bahawa ayam gorengnya dapat dimasak kurang daripada masa 10 minit dengan mengguna periuk tekanan terbabit.

Setelah melakukan beberapa eksperimen, beliau berjaya menemui keseimbangan sempurna untuk menghasilkan ayam goreng yang sedap. Hasil daripada eksperimen beliau mendapati periuk tekanan akan kekalkan rasa ayam, mengekalkan kelembapan ayam, dan memberi hasil yang lembut dan bukan berminyak atau berkerak.
Pada waktu itu, Harland masih menyempurnakan perencah ayam beliau, dengan memulakan dengan lada dan garam. Beliau kemudian menghasilkan pelbagai jenis perencah lain sehingga pada suatu hari, beliau menerima tempahan untuk memasak 500 keping ayam goreng.
Memandangkan tempahan tersebut bukan dari pelanggan biasa beliau, Harland memutus untuk mencuba perencah lain. Hasilnya, beliau mendapati perencah tersebut adalah perencah terbaik dan menjadi ayam goreng KFC yang kita kenal sehingga hari ini.

“Secret blend of 11 herbs and spices”
Pada tahun 1939, ketika membina kafe keduanya di Asheville, kafe pertamanya di Corbin mengalami kebakaran. Apabila ia dibina kembali, kafe tersebut tidak mempunyai pelanggan kerana tiada pelancong akibat Perang Dunia Kedua. Beliau terpaksa menjual kafe keduanya dan bekerja di restoran-restoran lain.
Susulan ketamatan Perang Dunia Kedua, Harland memulakan sebuah lagi restoran di Georgetown, Kentucky dan meminta seorang rakan untuk mengendalinya. Beliau memberi rakannya USD130 sebulan dan setengah dari keuntungan perniagaan.
Namun, rakan tersebut mengkhianati Harland dan membuka restoran tersebut di bawah perkongsian, dengan kedua-dua nama mereka sekali tanpa pengetahuan Harland. Harland terpaksa membeli bahagian rakannya untuk memecatnya.
Pada tahun 1953, Harland menerima panggilan dari seorang agen hartanah yang menawarkan USD164,000 dalam wang tunai untuk kafe beliau namun Harland menolak tawarannya.
Keesokan hari, agen tersebut menghubunginya lagi dengan tawaran tersebut tetapi ditolak lagi sekali lagi.
Harland yakin bahawa perniagaannya akan maju kerana lokasi kafenya tepat di tepi jalan besar di sana. Namun, 6 bulan kemudian, Harland kesal dengan pilihannya untuk enggan menjualkan perniagaannya.
Jalan besar baharu memberi impak negatif terhadap kafe
6 bulan selepas menerima panggilan tersebut, jalan besar yang membawa pelanggan masuk ke kafe Harland dialih dan tak lama kemudian, ia diumumkan sebuah jalan besar baharu akan dibina. Berita ini cukup meyakinkan Harland bahawa perniagaannya akan mengalami kerugian besar.

Pada tahun 1956, Harland jualkan perniagaannya dengan nilai USD75,000.
Mempunyai idea baharu
Pada waktu ini, Harland sudah berusia 66 tahun dan menampungkan diri dengan gaji pencen beliau. Namun, sebuah idea dicetuskan di mana beliau akan mengendali sebuah perniagaan yang khas untuk ayam goreng.
Idea ini kemudian dinamakan ‘Kentucky Fried Chicken’.
Beberapa tahun sebelum itu, Harland mengajar rakannya, Pete Harman, bagaimana untuk menggoreng ayamnya. Apabila Pete berkhidmat di restorannya pada waktu itu, perniagaan mereka mengaut keuntungan sebanyak 75%.

Dengan kejayaan ini, Harland menubuhkan beberapa lagi francais di bawah nama ‘Harman Cafe’ sebelum jalan besar berubah.

Apabila Harland memutus untuk menjalani perniagaan baharu ini iaitu Kentucky Fried Chicken, beliau meletakkan beberapa periuk tekanan dan seguni perencah ke dalam keretanya dan memulakan perjalanannya.
Beliau akan cubakan nasib di mana-mana restoran di tepi jalan
Sekiranya Harland terlihat sebuah restoran di tepi jalan, Harland akan merayu kepada pengurus restoran terbabit untuk membenarkan beliau menggorengkan ayamnya untuk pekerja restoran terbabit. Jika mereka terkagum, Harland akan menawarkan diri untuk berkhidmat di restoran tersebut untuk beberapa hari dan masak untuk restoran terbabit, dengan harapan ia akan mendatangkan peluang perniagaan francais.
Untuk menampung kos perjalanan, makanan beliau akan diberi secara percuma oleh rakan-rakannya dan beliau akan tidur di dalam keretanya.
Dalam memoir beliau, beliau berkata,
“Jika dikenang balik, antara perkara yang berani saya pernah buat adalah bermula dari kereta saya, dengan sebuah periuk tekanan untuk saya jualkan francais Kentucky Fried Chicken pertama saya. Saya tiada duit selain duit pencen saya, tetapi saya mempunyai sebanyak 3,500 risalah dicetak. Saya menjangkakan beberapa persoalan dari risalah tersebut tetapi saya tak pernah dapat lebih dari 2 atau 3 persoalan.”
Dalam masa beberapa tahun, orang akan datang mengunjungi beliau. Malah, Harland yang menguruskan dokumen perniagaan, dan isteri keduanya, Claudia Price Sanders, bertugas untuk membuat dan membungkus perencah ke restoran mereka yang lain.

Harland enggan kongsikan ramuan perencah rahsia beliau ke francaisnya lain kerana bimbang ia akan jatuh kepada tangan perniagaan saingan lain.
Menjelang tahun 1963, terdapat lebih dari 600 francais di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.
Usia yang meningkat menyebabkan Harland untuk terpaksa jualkan francais beliau
Selama beberapa tahun, terdapat beberapa individu menawar untuk membeli perniagaan francais beliau, termasuk seorang peguam berusia 29 tahun iaitu John Y. Brown.

Datuk John Y. Brown bekerja sebagai petani yang mengajar beliau etika kerja yang sama seperti apa dibelajari Harland dua generasi sebelum John.
John mula berkenalan dengan Harland pada tahun 1963 apabila beliau diminta untuk menjadi peguam sepenuh masa untuk Harland. Apabila John menolak tawaran tersebut, mereka berdua mula membincang tentang topik kegemaran Harland iaitu ayam goreng.
John kagum apabila mengetahui Harland mempunyai beratus-ratusan francais di AS dan Kanada.
Dalam sebuah temu bual, John berkata,
“Apabila saya dengar itu, saya bayangkan beliau mempunyai banyak jurujual di mana-mana sahaja. Saya bertanya kepada Harland, “Colonel, berapa orang jurujual anda ada di luar sana?” Beliau berkata, “Kami tidak ‘meminta’, kami tidak percaya kepada ‘ajakan'”.
John kemudian menerima tawaran Harland untuk mengendali perniagaan ayam BBQ yang sedang diusahakan oleh beliau. John memperoleh modal yang mencukupi dari seorang jutawan iaitu Jack Massey untuk mengusahakan perniagaan tersebut namun mereka mendapati ayam BBQ hanya mempunyai tarikan dari tempat-tempat tertentu sahaja dan hanya ayam goreng sahaja mampu mengaut keuntungan yang lebih.
John dan Jack memutus untuk membeli syarikat Harland dan menawarkan tawaran pertama mereka kepada Harland pada tahun 1963. Harland enggan menjual syarikatnya tetapi John dan Jack cuba memujuk beliau bahawa beliau sepatutnya menikmati zaman pencennya, serta jika beliau meninggal dunia sebelum menjual francaisnya, kebanyakan hartanya akan dicukaikan.
Mereka menawar Harland USD2 juta (sekitar USD15 juta sekarang) serta berjanji untuk mengekalkan kualiti dan melayan francais-francais lain dengan sama-rata.
Walaupun tawaran tersebut cukup bagus, Harland perlu mengambil masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan. Ia umpama seorang bapa terpaksa jualkan anaknya.
Setelah dipujuk oleh John, pada 6 Januari 1964, Harland akhirnya bersetuju untuk jualkan francaisnya. Harland berusia 74 tahun pada waktu itu.

Walau bagaimanapun, Brown menjual francais KFC ke Heublein Inc., koperasi makanan dan minuman bungkusan pada tahun 1971 apabila perniagaan tersebut menjadi terlalu besar untuk dikendalikan. Beberapa tahun kemudian pada 1986, PepsiCo mengambil alih francais tersebut di bawah bahagian restoran mereka, bersama Pizza Hut dan Taco Bell.
Sebagai icon KFC
Harland tetap menjadi simbol syarikat KFC setelah menjualnya, dengan melakukan tour atas nama syarikat itu dan membuat banyak iklan dan penampilan di televisyen.

Walaupun bukan miliknya lagi, Harland masih mempunyai pengaruh ke atas eksekutif dan francais tersebut, yang menghormati kepakaran masakannya dan takut dimarahi oleh Harland jika restoran atau syarikat melakukan perubahan atas ramuan asal beliau.
Malah, Harland pernah memarahi para eksekutif ketika mengetahui syarikat tersebut membuat perubahan atas kuah yang dibangga beliau. Kuah tersebut mengalami perubahan atas arahan eksekutif untuk mengurangkan masa dan kos pembuatan.
Pada akhir tahun 1979, Harland melakukan lawatan mengejut ke mana-mana restoran KFC dan jika makanan dihidangkan mengecewanya, beliau akan memarahi restoran tersebut atau membuang makanannya ke atas lantai.
Pada tahun 1975, Harland saman Heublein Inc. (syarikat induk KFC) atas tuduhan penyalahgunaan imejnya dalam mempromosikan produk yang tidak dikembangkan oleh nya. Dua tahun kemudian, Heublein Inc. tidak berjaya saman Harland atas tuduhan fitnah setelah beliau secara terbuka menggambarkan kuah baharu berperisa seperti ‘rasa kertas dinding’.
Harland dan isterinya membuka kembali salah satu restoran mereka di Shelbyville dan dinamakan ‘Claudia Sanders, The Colonel’s Lady.’ Di sini, mereka menghidangkan ayam gaya KFC sebagai sebahagian daripada menu. Namun, beliau disaman Heublein Inc. dan setelah mempunyai persetujuan, beliau menjual restoran tersebut.

Restoran itu diberi nama baharu iaitu ‘Claudia Sanders Dinner House’ dan merupakan satu-satunya restoran bukan KFC yang menghidangkan versi ramuan ayam goreng yang dibenarkan.
Harland tetap mengkritik makanan Kentucky Fried Chicken sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1980 berusia 90 tahun.
“Ya Tuhan, kuah itu mengerikan! Mereka membeli air paip dengan harga 15 hingga 20 sen seribu gelen dan kemudian mencampurkannya dengan tepung dan kanji dan hasilnya seperti pes kertas dinding tulen. Dan saya tahu rupa pes kertas dindin sebab saya pernah melihat ibu saya membuatnya. Tiada khasiat, malah mereka sepatutnya tak boleh jual itu. Ramuan rangup tiada di dunia ini, melainkan fried doughball yang dilekat ke ayam,” kata beliau dalam Louisville Courier-Journal pada akhir 1970-an.
Dan begitu lah kisah tentang Kolonel Sanders, wajah simbolik disebalik KFC.
Beliau yang bermula dari sifar sehingga mengembangkan antara francais yang terkenal di seluruh dunia, tak dinafikan perjalanan Harland perjalanan yang sukar.
Tanpa beliau, kita tidak akan menikmati ayam goreng KFC yang kita kenali pada hari ini!
