Isu claim yang telah kian lama berlangsung
Filipina Memutuskan Untuk Masukkan Sabah Ke Dalam Peta Pasport Negara Mereka. Terkini, dilaporkan Jawatankuasa Dewan Luar Negeri Filipina telah meluluskan rang undang-undang percetakan peta Filipina dengan membenarkan masukkan Sabah dan Zon Ekonomi Ekslusif 200 batu (ZEE) ke dalam peta pasport negara tersebut.
Laporan ini juga susulan kontroversi yang dicetus oleh Setiausaha Luar Filipina yang menyatakan “Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia jika anda ingin berurusan dengan Filipina” sebulan lalu.
“Hak bersejarah atas Sabah,” Cagayan de Oro Rep. Rufus Rodriguez
House Bill 6399 yang digabungkan menjadi rang undang-undang yang akan meminda Akta Pasport Filipina tahun 1996.
Pengarang rang undang-undang tersebut, Cagayan de Oro Rep. Rufus Rodriguez berkata,
“Ini bertujuan untuk menekankan dan menegaskan kemenangan kita di Laut Filipina Barat atas China di Tribunal Arbitral International mereka di Hague, Belanda, dan hak sah serta bersejarah atas Sabah.”
Beliau menambah lagi, pernyetaan peta pada dokumen perjalanan warga Filipina adalah pernyataan kuat bahawa mereka menegaskan hak kedaulatan mereka di Laut Filipina Barat dan EEZ mereka.

Rang undang-undang disetujui pada hari Khamis lalu
Rang undang-undang tersebut yang tidak bernombor disetujui pada hari Khamis lalu. Ia juga mendorong potongan 32% untuk pemprosesan, penerbitan, dan pembaharuan pasport kepada warga emas.
Selain itu, pindaan itu juga bertujuan untuk menjenayahkan menahan pasport secara haram dan menjatuhkan hukuman yang lebih tegas kepada pelanggar.
Pesalah asing juga boleh dihantar pulang dan disenarai hitam setelah menjalani hukuman.
Sebelum ini, Filipina telah melakukan protes diplomatik terhadap keagresifan China di Laut Filipina Barat, tindakan yang didakwa oleh Filipina sebagai ‘provokasi haram’ di perairan yang dipertikaikan.

China menegaskan untuk memiliki hampir seluruh Laut China Selatan, menolak keputusan pengadilan Hague yang membatalkan tuntutannya.
Keputusan terbabit mengiktirafkan hak kedaulatan Filipina di kawasan dalam ZEE yang dituntut oleh China.
Presiden Rodrigo Duterte setuju untuk mengesampingkan keputusan itu untuk menjalin hubungan baik dengan China setelah menjalin hubungan erat dengan negara terbabit.
Tuntutan yang berlangsung beberapa dekad, tetapi dimanakah kebenaran dalam sejarah berada?
Berhubungan dengan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah, sebulan lalu Setiausaha Luar Negeri Filipina, Teddy Locsin Jr. menyatakan bahawa Sabah bukan di dalam Malaysia jika kita hendak berurusan dengan negara mereka menerusi Twitter.
Pernyataan terbabit turut mengundang kemarahan warga Malaysia serta sokongan warga Filipina.
Namun, Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berjawab dengan menyatakan pernyataan ahli politik Filipina itu adalah tidak bertanggungjawab dan akan menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina, serta mengarahkan Duta Filipina di Malaysia untuk menjelaskan perkara tersebut.
Malah, lelaki ini menjelaskan bahawa Malaysia secara tepatnya lebih berhak miliki Sabah berbanding Filipina dengan memberi beberapa fakta serta bukti dokumen bersejarah.
Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini!