• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak

Oleh
Ismail NA
13 April 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Untungnya Dapat Nyanyi Depan Artis Hollywood!

Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak. Siapa sangka seorang lelaki biasa dapat menyanyi dengan penuh perasaan di hadapan seorang penyanyi Hollywood yang ternama di dunia? Kisah ini bukan sahaja ‘one of a kind‘ kepada semua malah kepada lelaki itu sendiri. Untung nya!

Lelaki yang bernama Clinton Jerome Chua ini pernah menyanyi di hadapan Ariana Grande semasa sebuah pertemuan di studio Universal Music. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah sebenarnya beliau berasal dari Miri, Sarawak.

Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak

Penyanyi Sepenuh Masa Berdarah Cina Melanau

Penyanyi berdarah campuran Cina Hokkien dan Melanau ini dilahirkan pada 30 September 1993 di Miri, Sarawak. Setelah menamatkan ijazah sarjana muda komunikasi massa dan perhubungan awam di Universiti Curtin, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai penyanyi sepenuh masa.

Mula Tular Selepas Menang ‘I Can See Your Voice’ Malaysia

Beliau mula menjadi tumpuan warga internet setelah menjadi pemenang mingguan sebuah program realiti ‘I Can See Your Voice‘ versi Malaysia yang ditayangkan di saluran TV3. Menerusi program tersebut, beliau harus meyakinkan para juri dan penyanyi jemputan iaitu Shila Amzah agar memilihnya sebagai pasangan duet di akhir rancangan.

Dengan aksi ‘miming‘ yang bersahaja dan menyakinkan, beliau akhirnya dipilih oleh Shila Amzah untuk berduet bersama. Dari situ, bakat nyanyian beliau terserlah. Rata-rata penonton serta para juri kagum dengan kelunakan suara beliau yang memukau membawakan lagu ‘Selamanya Cinta’.

I swear i cant believe that he can really sing this song!!!! 😭😭😭😭😭 Best duet so far!! #icsyvmy w Shila Amzah 😍❤️ pic.twitter.com/R79DNj42UU

— Era Nadrah (@eranadrah) April 12, 2020
Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak
Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak

Menerusi program tersebut juga, didedahkan bahawa Clinton rupa-rupanya pernah menyanyi lagu Ariana Grande yang berjudul ‘My Everything‘ di hadapan penyanyi lagu itu sendiri.

Malah, beliau juga pernah menyanyi di hadapan seorang lagi penyanyi iaitu Calum Scott yang popular dengan lagu ‘You Are The Reason‘.

Dah Ada ‘Single’ Sendiri Di Spotify

Bukan itu sahaja, sejak episod tersebut tular di laman sosial Twitter semalam, terdapat seorang pengguna Twitter yang menyatakan bahawa beliau sebenarnya berasal dari Sarawak dan mempunyai beberapa buah lagu di Spotify. Antara ‘single’ nya boleh anda dengar di Spotify ialah ‘Kedua Kali‘, ‘Demam Cinta‘ dan ‘Rewind‘. Wow!

Nama laki ni Clinton Jerome. He comes from Sarawak. Ada lagu dia dekat Spotify, boleh check out his songs ☺️

— Tiffany ☁️ (@winterbbearrr) April 12, 2020

Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh menyaksikan Clinton melakukan persembahan di Le Noir, Suzie Wong, No Black Tie, Morganfields dan Tavern 13.

Ikuti perjalanan karier anak seni Sarawak ini melalui platform media sosial beliau ;

Facebook | Instagram | Twitter | Youtube | Spotify

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perunding Imej Ini Dedah Rahsia Kemeja Putih Dan Sut Lengkap PM Semasa Sidang Media Perunding Imej Ini Dedah Rahsia Kemeja Putih Dan Sut Lengkap PM Semasa Sidang Media
Next Article AirAsia, MAS dan Malindo Air Batal Semua Penerbangan Ke Sarawak Sehingga 30 April 2020 AirAsia, MAS dan Malindo Air Batal Semua Penerbangan Ke Sarawak Sehingga 30 April 2020

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?