• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Persatuan Di Pulau Pinang Gesa Henti Beri Permit Buru Buaya Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
17 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Persatuan Di Pulau Pinang Gesa Henti Beri Permit Buru Buaya Di Sabah

Permit Buru Buaya di Sabah Dibantah Hebat oleh CAP

Persatuan Di Pulau Pinang Gesa Henti Beri Permit Buru Buaya Di Sabah. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew serta Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk menghentikan permit memburu buaya sepanjang tahun di negeri itu.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, menyuarakan kebimbangan pihaknya terhadap pengeluaran permit tersebut. Menurut beliau, apa yang lebih perlu diutamakan adalah penyelidikan bagi mengawal populasi buaya dan menguruskan konflik manusia-buaya dengan lebih berkesan.

Persatuan Di Pulau Pinang Gesa Henti Beri Permit Buru Buaya Di Sabah

Persatuan Di Pulau Pinang Gesa Henti Beri Permit Buru Buaya Di Sabah

“Tumpuan perlu diberikan kepada mempromosikan pendidikan dan bukannya pembasmian,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan berita tempatan pada Mei tahun ini yang menyatakan JHL Sabah telah membuka permohonan lesen untuk memburu buaya sepanjang tahun dalam usaha mengimbangi populasi hidupan liar itu di negeri berkenaan.

Dalam laporan tersebut, Christina menyatakan bahawa maklum balas yang diterima JHL Sabah berhubung permohonan lesen itu masih pada tahap minimum.

“Pemburuan buaya dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan konflik manusia-buaya, selain mewujudkan industri berasaskan hidupan liar itu.

“Saya berharap pendekatan ini bukan saja mengurangkan konflik (manusia-buaya) tetapi juga membuka pintu kepada peluang baharu seperti pelancongan dan pengeluaran barangan mewah, sekali gus dapat mengukuhkan ekonomi tempatan,” kata Christina.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Ini Penjelasan Kerajaan Sarawak Kenapa Jalan Lawas-Brunei Tidak Dinaik Taraf
Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Kedah Ke Sukma Hanya Gurauan Sanusi

SUMBER :Utusan Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Jadi Tuan Rumah Kejohanan DanceSport Antarabangsa Borneo November Ini
Next Article Borneo Cultural Museum Tawar Kemasukan Percuma Sempena Hari Sarawak Isnin Ini Borneo Cultural Museum Tawar Kemasukan Percuma Sempena Hari Sarawak Isnin Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?