Destinasi OOTD anda yang seterusnya adalah di Inanam, Sabah!
Pertama Dan Terbesar Di Sabah, Anda Harus Kunjungi 1Heart Maze Cafe Di Inanam! Adakah anda pernah ke maze sebelum ini? Jika anda tidak tahu apa itu maze, ia adalah rangkaian laluan yang direka sebagai teka-teki yang mana seseorang itu perlu mencari jalan keluar.
Bagi mereka yang minat, sebuah kafe di Inanam kini menawarkan maze terbesar dan pertama di Sabah untuk keseronokan anda! Bukan sahaja anda boleh memasuki maze itu untuk keseronokan anda, tempat ini juga menawarkan pemandangan yang menarik – sesuai untuk sesi bergambar!

Makanan yang menyelerakan dan suasana kafe yang menenangkan
Well, it is a cafe after all! Selain maze, anda boleh mencuba makanan yang menyelerakan sambil menikmati suasana yang tenang di 1Heart Maze Cafe.

Jenis makanan yang dihidangkan adalah makanan western seperti chicken chop dan burger serta makanan tempatan seperti nasi lemak ayam.


Bukan sahaja maze mereka menawarkan titik bergambar yang menarik, kafe ini juga mempunyai suasana estetik – sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar makanan mereka dan dalam persekitaran yang menarik.


Dan semestinya, benda yang menarik pengunjung adalah maze yang terbesar di Sabah, hanya di belakang kafe sahaja!




ISNIN – KHAMIS: 10:30AM – 7:30PM
JUMAAT – AHAD: 10:30AM – 9PM