• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Seorang Pun Murid Berbangsa Cina, Sekolah Rendah Di Sibu Ini Tetap Semangat Sambut CNY

Oleh
Husna Hazmi
3 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Semangat perpaduan di sebuah sekolah rendah di Sibu

Tiada Seorang Pun Murid Berbangsa Cina, Sekolah Rendah Di Sibu Ini Tetap Semangat Sambut CNY. Semangat perpaduan sebuah sekolah rendah kebangsaan di Sibu, Sarawak menyambut Tahun Baharu Cina setiap tahun dengan menggunakan tanglung merah di seluruh sekolah walaupun tidak mempunyai seorang pun murid Cina ini telah berjaya menarik perhatian ramai.

Tanglung merah berkenaan bukan sahaja dipasang di sekolah tetapi juga di Masjid An-Nur yang terletak betul-betul di sebelahnya, mencerminkan toleransi dan keharmonian di negeri Sarawak.

Memasang tanglung sudah menjadi tradisi sejak 10 tahun lagi

Menurut laporan, sekolah rendah dengan 680 murid itu telah memasang tanglung setiap kali perayaan tahun baru Cina sejak 10 tahun lalu.

Sekolah berkenaan juga telah menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina untuk menyambut tahun baru lunar bersama murid beragama Islam dan berbangsa Ibannya.

Bagi guru pula, majoritinya adalah berbangsa Melayu, manakala ada juga Melanau, Iban dan enam orang Cina.

Kredit gambar: Sin Chew Daily

Tahun Baru Cina disambut bersama

Guru Besarnya, Hamdi Najdi berkata, Tahun Baru Cina disambut bersama iaitu sebagai satu keluarga di mana rakyat berbilang kaum hidup secara harmoni.

Hamdi berkata pihak sekolah turut menganjurkan aktiviti berkaitan Tahun Baharu Cina bagi membantu murid memahami budaya, adat dan tradisi kaum Cina.

Saling memahami dan bertolak ansur antara kumpulan etnik yang berbeza akan membawa kepada perpaduan yang lebih erat dan integrasi nasional,” tambah beliau.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Perkembangan Teknologi Hidrogen Dan Solar Jadi Sebab Sarawak Dipandang Tinggi Diperingkat Persekutuan
METMalaysia Keluarkan Amaran, Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Sarawak Hingga Isnin
SUMBER :The Vibes
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article METMalaysia Keluarkan Amaran, Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Sarawak Hingga Isnin
Next Article Pertama Dan Terbesar Di Sabah, 1Heart Maze Cafe Di Inanam Yang Anda Harus Kunjungi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?