• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Pertama Kali Pergi Gig Dan Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat

Oleh
ILB - AI
17 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Apa persedian yang perlu dibuat sebelum pergi ke konsert dan gig? Jom baca artikel ini.

Pertama Kali Pergi Gig Dan Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat. Sejak dua menjak ni, semakin banyak konsert dan gig sudah berlangsung menemui peminat tak kira muzik lokal atau antarabangsa.

Isi Isi Penting
  • Apa persedian yang perlu dibuat sebelum pergi ke konsert dan gig? Jom baca artikel ini.
  • 1. Baju
  • 2. Sneakers
  • 3. Wang Tunai
  • 4. Pasangan/Rakan

Yelah, setelah hampir dua tahun kita tidak disajikan dengan persembahan artis kegemaran kita. Akhirnya ramai penggiat muzik mula menganjurkan konsert buat pemain muzik tak kira underground dan juga mainstream.

Pertama Kali Pergi Gig Dan Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat
Pertama Kali Pergi Gig Dan Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat

Pada pertengahan tahun ini, konsert dan gig dilihat semakin rancak misalnya seperti Malam Galau Indonesia, SoundCircus Festival, Boy Pablo Asia Tour dan yang akan datang di Bumi Kenyalang nanti Sunbear Festival dimana ramai artis terkenal akan membuat persembahan.

Ini bukan sahaja menarik minat orang lama yang digelar otai gig, namun ramai yang pertama kali ingin merasai kemeriahan ini namun tidak tahu apa yang mereka nak jangka akan berlaku disana kelak. Semestinya suasana yang lazimnya berlaku di konsert dan gig adalah riuh, sesak dan happening!

Jom kita tengok, apa persediaan yang korang kena buat sewaktu pergi ke gig & konsert nanti!

1. Baju

Semestinya di sana nanti, keadaan akan sesak, panas dan berpeluh. Rancang terlebih dahulu jenis pakaian apa yang korang nak pakai. (Kalau min lebih prefer guna t-shirt hitam, lebih selesa)

Kalau nak lebih stailo, boleh bawa flannel atau kemeja checkered dan ikatkan pada pinggang.

https://giphy.com/gifs/demilovato-demi-lovato-26FeSv9YkoSYFjwas
Pertama Kali Pergi Gig Dan Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat. Kredit: Giphy

Bawa baju lebih, sebab kita tak boleh jangka perkara yang akan berlaku. Manalah tahu kan tiba-tiba jodoh tertumpahkan air dekat baju kita nanti, sekurang-kurangnya adalah baju lebih nak pakai.

2. Sneakers

Kasut sneakers wajib dipakai ketika pergi ke konsert dan gig. Sebab korang akan berdiri berjam-jam lamanya sewaktu layan band favourite korang perform nanti.

https://giphy.com/gifs/manrepeller-l41lXSRPLD7b7UAbS
Kredit: Giphy

Kasut sneakers ni tapaknya rata, jadi sesuai lah untuk korang nak mosh, ‘joget pak maon’ dan layan persembahan sampai barai dekat sana nanti.

3. Wang Tunai

Wang tunai kenalah bawa, jangan mengharapkan member pulak. Manalah tahu korang kelaparan dan tak larat nak layan gig nanti, bolehlah beli snek dan minuman nanti.

https://giphy.com/gifs/mrw-day-taxes-6u1Z9pUakUHG6o7oiV
Kredit: Giphy

Merchandise pun ada dijual, sediakan duit korang siap-siap kalau taknak terlepas barangan eksklusif band kegemaran korang. Disarankan bawa wang tunai lebih kurang RM150 untuk perbelanjaan di sana nanti.

4. Pasangan/Rakan

Boleh sahaja pergi gig berseorangan, namun lebih afdal bawa pasangan atau rakan anda untuk mengeratkan bonding. Inilah masanya untuk kita meluangkan masa bersama dengan menonton persembahan band kegemaran masing-masing.

https://giphy.com/gifs/primevideo-bkgXhuV2XrfpQP8jBd
Kredit: Giphy

Pasangan anda tidak semestinya girlfriend, boleh sahaja bawa adik beradik sebagai peneman supaya anda tidak berdiri keseorangan di sana nanti. “The more the merrier“.

Pertama Kali Pergi Gig & Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat
Pertama Kali Pergi Gig Dan Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat. Kredit: Cilisos

Buat mereka yang baru pertama kali merasai dunia muzik, min harap anda semua sudah membuat persediaan yang rapi untuk gig dan konsert yang akan datang. Yang penting, tidak lupa lirik sewaktu bernyanyi bersama band kegemaran anda nanti.

Cuba check out juga acara menarik yang lain disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video Makan Pisang Tanduk Di Waterfront Kuching, Tular Sehingga Luar Negara Video Mat Salleh Makan Pisang Tanduk Di Waterfront Kuching Tular Sehingga Ke Luar Negara
Next Article Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?