I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Pertemuan Yang Ditakdir, Netizen Tersentuh Baca Kisah Azlan Yang Disangka Tak Waras Dari Bandar Baru Samariang Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pertemuan Yang Ditakdir, Netizen Tersentuh Baca Kisah Azlan Yang Disangka Tak Waras Dari Bandar Baru Samariang Ini

Oleh Husna Hazmi 22 Februari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Kisah Nadia Hazmi bertemu dengan kliennya 9 tahun yang lalu ini berjaya membuat netizen sebak.

Pertemuan Yang Ditakdir, Netizen Tersentuh Baca Kisah Azlan Yang Disangka Tak Waras Dari Bandar Baru Samariang Ini. Jika anda masih ingat, jejaka istimewa ini pernah tular satu ketika dahulu apabila dirinya dianiaya oleh seorang insan yang tiada perikemanusiaan. Kisahnya yang tular itu telah membuat ramai yang mengetahui diri jejaka istimewa yang tinggal di Bandar Baru Samariang di Kuching.

Tular di Facebook, perkongsian bermakna dari seorang wanita ini telah membuat ramai netizen tersentuh hatinya.

Pertemuan Yang Ditakdir, Netizen Tersentuh Baca Kisah Azlan Yang Disangka Tak Waras Dari Bandar Baru Samariang Ini
Pertemuan Yang Ditakdir, Netizen Tersentuh Baca Kisah Azlan Yang Disangka Tak Waras Dari Bandar Baru Samariang Ini. Sumber foto: FB Nadia Hazmi

Berkongsi kisah penuh pengajaran

Dalam perkongsian tersebut, Nadia Hazmi yang merupakan seorang Kaunselor di sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Kuching telah menceritakan kisahnya bertemu dengan bekas kliennya 9 tahun dahulu.

Walaupun sudah 9 tahun lamanya tidak bersua, namun Azlan yang merupakan ahli syurga dikenali ramai terutamanya penduduk Bandar Baru Samariang ini masih lagi ingat akan kounselornya.

Penulisan Nadia Hazmi di Facebook menceritakan kisahnya bertemu dengan Azlan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bandar Baru Samariang ini telah membuat netizen mengalirkan air mata.

Pertemuan Yang Ditakdir, Netizen Tersentuh Baca Kisah Azlan Yang Disangka Tak Waras Dari Bandar Baru Samariang Ini
Sumber foto: FB Nadia Hazmi

Terserempak dengan lelaki kelihatan tidak waras memagang mainan di hadapan kedai serbaneka

Nadia berkata, ketika dirinya ingin membeli kudap-kudapan di sebuah kedai serbaneka untuk anaknya, dirinya tiba-tiba disapa oleh seorang lelaki yang kelihatan tidak waras duduk di hadapan kedai tersebut sambil memegang mainannya.

Rasa terkejut apabila lelaki berkenaan mengetahui namanya, Nadia lalu menghampiri lelaki tersebut dan menanyakan bagaimana lelaki tersebut boleh mengenalinya. Apabila menghampiri lelaki tersebut terdapat beberapa orang yang duduk di kedai makan berhampiran menegur Nadia mengeatakan ‘jangan hampiri lelaki tersebut dia gila’.

Pertemuan Yang Ditakdir, Netizen Tersentuh Baca Kisah Azlan Yang Disangka Tak Waras Dari Bandar Baru Samariang Ini
Sumber foto: FB Nadia Hazmi

Rupanya klien dari 9 tahun yang lalu

Langsung tidak memperdulikan teguran berkenaan, Nadia kemudiannya bertanya kepada lelaki itu lalu lelaki berkenaan mengenalkan dirinya kepada Nadia. Rupanya lelaki tersebut yang bernama Norazlan (atau lebih mesra dengan nama Azlan) adalah salah seorang kliennya 9 tahun yang lalu!

Azlan berkata kepada Nadia, ‘puanlah yang jaga saya dahulu semasa saya dalam pengawasan’. Nadia kemudiannya bertanya soalan kepada Azlan mengapa duduk di hadapan kedai, di mana keluarga sekarang dan kerja apa sekarang?

Azlan menjawab dengan wajah yang polos dan hati yang ikhlas, kedua orang tuanya sudah meninggal dunia, rumahnya pula sudah tiada lagi dan kini dirinya pula tinggal di bawah tangga kedai. Dalam masa yang sama, Azlan menegaskan bahawa dia tidak lagi mengambil bahan larangan dan dia tidak akan menganggu orang-orang disekelilingnya.

Nadia meneruskan lagi pertanyaannya kepada Azlan, ‘Awak dah mandi dan gosok gigi tak? Dah makan? Macam mana nak dapat duit kalau tak kerja?’ Sambil memeriksa kukunya memastikan dirinya terurus.

Azlan kemudiannya menjawab, ‘Baru lepas mandi puan, duduk duduk je dekat sini, nanti nanti ada rezeki ada orang tolong bagi makan.’

Pertemuan Yang Ditakdir, Netizen Tersentuh Baca Kisah Azlan Yang Disangka Tak Waras Dari Bandar Baru Samariang Ini
Sumber foto: FB Nadia Hazmi

Azlan mengajak Nadia bergambar dengannya

Azlan kemudiannya mengajak Nadia untuk bergambar menggunakan telefon bimbit Nadia agar dia tidak akan lupa dengan Azlan. Nadia menanyakan Azlan satu lagi soalan, ‘apa benda yang digenggamnya itu?’

Azlan menjawab benda yang digenggam Azlan itu adalah mainannya yang telah menemani dirinya tidak kira di mana dia berada.

Nadia yang turut berasa sebak berpesan kepada Azlan agar sentiasa berbuat baik, jangan mencuri, jangan ganggu orang dan cuba cari kerja apa yang mampu buat diirinya.

Meninggalkan Azlan dengan sedikit bekalan serta senyuman, berikutlah kisah Nadia yang bertemu semula dengan klien istimewanya bagaikan telah ditakdir oleh Tuhan.

Kisahnya ini juga telah membuka mata dan memberi pengajaran kepada orang ramai agar sentiasa bantu membantu sesama insan serta melayan orang lain dengan baik tanpa menginginkan sebarang balasan.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Jasa Terakhir, Mendiang Laini Sukat Hadiahkan Sepasang Kornea Mata Di Sabah
Tular Sering Bawa Anak Sekitar Kuching Guna Stroller, Ebit Lew Hadiahkan Kereta
SUMBER : FB Nadia Hazmi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kajian Mendapati Pemilik Kenderaan BMW Dan Land Rover Punyai IQ Tahap Rendah Kajian Mendapati Pemilik Kenderaan BMW Dan Land Rover Punyai IQ Tahap Rendah
Next Article Tarikh Tutup 28 Feb, Pertandingan Filem Pendek China-Sabah Tawar RM3k Sebagai Hadiah Utama Tarikh Tutup 28 Feb, Pertandingan Filem Pendek China-Sabah Tawar RM3k Sebagai Hadiah Utama

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?