Jangan terlepas!
Tarikh Tutup 28 Feb, Pertandingan Filem Pendek China-Sabah Tawar RM3k Sebagai Hadiah Utama. Jika anda seorang aspiring pengarah filem, inilah peluang anda untuk mempamerkan bakat anda dan berpeluang memenangi RM3k!
Buat kali kelima, Pertandingan Filem Pendek China-Sabah yang dihoskan oleh Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu, dengan penganjur bersama Persatuan Wartawan Kota Kinabalu, pertandingan ini turut menambah kategori baharu iaitu kategori TikTok, dengan hadiah pertama RM1k.

Terbuka kepada penduduk kini atau bekas penduduk Sabah
Untuk melayakkan diri untuk menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah sama ada bekas penduduk Sabah atau sedang menetap di Sabah, tanpa mengira bangsa.
Terdapat dua (2) kategori dalam pertandingan ini, iaitu Kategori Filem Pendek dan kategori TikTok yang baru ditambah.
Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
Kategori Filem Pendek:
- Anugerah Emas (1 pemenang): RM3,000 tunai + Piala
- Anugerah Perak (3 pemenang): RM2,000 tunai + Piala
- Anugerah Gangsa (5 pemenang): RM1,500 tunai + Piala
- Hadiah Saguhati (beberapa pemenang): RM500 tunai + Piala
Kategori TikTok:
- Anugerah Emas (1 pemenang): RM1,000 tunai + Sijil
- Anugerah Perak (5 pemenang): RM800 tunai + Sijil
- Anugerah Gangsa (10 pemenang): RM500 tunai + Sijil
- Hadiah Saguhati (beberapa pemenang): RM300 tunai + Sijil
Terdapat dua kategori iaitu kategori Filem Pendek dan kategori TikTok
Bagi Kategori Filem Pendek, kandungan entri mestilah bersesuaian dan kreatif, menggambarkan persahabatan antara China dan Sabah dari perspektif yang berbeza, seperti kerjasama dan pertukaran, dan pemuliharaan budaya Cina di Sabah. Filem-filem ini boleh terdiri daripada mana-mana genre, termasuk dokumentari pendek, klip video dan animasi digital.
Peranti merakam tidak terhad, telefon bimbit, kamera, DV, tablet dan lain-lain dibenarkan. Format video mestilah MP4 atau format video yang biasa digunakan dan nisbah yang digalakkan ialah 16:9/16:9 HD.

Bahasa atau teks dalam video tidak terhad, namun peserta digalakkan untuk memasukkan sari kata Inggeris ATAU Cina dalam filem.
Filem pendek yang dihantar tidak boleh melebihi tempoh lima (5) minit, termasuk babak kredit permulaan dan rakaman kredit pengakhiran. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) filem pendek sahaja.

Bagi Kategori TikTok, kandungan TikTok mestilah bersesuaian dan kreatif, menggambarkan persahabatan antara China dan Sabah dari perspektif berbeza, seperti kerjasama dan pertukaran serta pemeliharaan budaya Cina di Sabah. Ia boleh daripada mana-mana genre, termasuk dokumentari pendek, klip video dan animasi digital.
Tempoh video TikTok tidak boleh melebihi satu (1) minit, dengan resolusi video mestilah tidak kurang daripada 1080×720 dan formatnya ialah MP4 atau format video lain yang biasa digunakan.

Bahasa atau teks dalam video tidak terhad, namun peserta digalakkan untuk memasukkan sari kata Inggeris ATAU Cina dalam video.
Setiap peserta individu atau kumpulan boleh menghantar maksimum tiga (3) penyertaan dalam kategori TikTok.
Bagaimana untuk mendaftar diri?
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar diri, anda dikehendaki mengisi borang penyertaan dengan imbas kod QR atau melayari laman web menerusi pautan ini.
Untuk pengetahuan anda, peserta dibenarkan untuk menyertai kedua-dua kategori tersebut.

Bagi kategori Filem Pendek, peserta dikehendaki muat naik filem pendek mereka di YouTube, tetapkan video kepada “Tidak Tersenarai” dan sertakan pautan berkenaan kepada pihak penganjur bersama-sama dengan borang penyertaan dengan cara email ke [email protected]
Bagi kategori TikTok, peserta dikehendaki muat naik video mereka di TikTok dengan hashtag #chinasabahtiktok dan sertakan pautan berkenaan kepada pihak penganjur bersama-sama dengan borang penyertaan dengan cara email ke [email protected]
Perlu diketahui bahawa setiap penyertaan yang dihantar tidak akan dikembalikan semula oleh penganjur.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Setiausaha Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Teo Jinn Jiun 016-8254889 atau Bendahari KKJA Yvonne Ho 016-8111883. Anda boleh juga emel kepada [email protected]
Anda boleh melayari laman Facebook rasmi mereka di pautan ini untuk maklumat lanjut.