55 daripada projek termasuk 3 projek ‘sakit’ sedang dinaik taraf
Kerajaan Bagi Peruntukan RM150 Juta Untuk Naik Taraf 401 Projek Klinik Daif Di Sabah. Sejumlah 401 projek untuk menaik taraf klinik dan mengukuhkan kemudahan kesihatan sedang dalam pelaksanaan pada tahun ini, dengan anggaran kos sebanyak RM150 juta, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, di Sabah sahaja, 55 daripada projek ini yang bernilai RM21.5 juta sedang berjalan dan dijangka siap menjelang akhir tahun. “Kami komited untuk menyiapkan projek-projek ini dengan segera,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria, Tuberkulosis dan Kusta Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini. Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Asits Sanna turut hadir.
Kerajaan Bagi Peruntukan RM150 Juta Untuk Naik Taraf 401 Projek Klinik Daif Di Sabah
Dr. Dzulkefly juga menyatakan bahawa tiga projek ‘sakit’ di bawah Kementerian Kesihatan di Sabah telah dikenal pasti, iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Sikuati di Kudat dan kerja-kerja naik taraf di Jabatan Pesakit Luar Hospital Papar dan Hospital Tambunan.
Kata beliau juga, ketiga-tiga projek sakit tersebut bakal dinaik taraf empat bulan pertama manakala 55 lagi projek masih dalam proses.
