• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wang Pencen Lesap, Pesara Dari Bintulu Rugi RM500K Sekelip Mata

Oleh
Aina Musa
9 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Wang Pencen Lesap, Pesara Dari Bintulu Rugi RM500K Sekelip Mata

Gara-gara tertipu dengan pelaburan tak wujud

Wang Pencen Lesap, Pesara Dari Bintulu Rugi RM500K Sekelip Mata. Seorang pesara dari institusi perbankan mengalami kerugian besar apabila wang simpanannya sebanyak RM500,000 lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, menyatakan bahawa setelah menyedari dirinya tertipu, lelaki berusia 50 tahun tersebut telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, semalam.

Wang Pencen Lesap, Pesara Dari Bintulu Rugi RM500K Sekelip Mata
Wang Pencen Lesap, Pesara Dari Bintulu Rugi RM500K Sekelip Mata. Sumber: Google

“Hasil siasatan menunjukkan bahawa mangsa telah dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp bernama ‘A026 Pimco Global Win – Malaysia Club’ oleh individu yang tidak dikenali pada akhir April lalu.

“Dalam kumpulan tersebut terdapat pelabur lain yang terlibat dalam pelaburan saham di bursa saham Malaysia, Thailand, dan Taiwan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mancha, mangsa kemudian dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai Lele melalui WhatsApp beberapa hari kemudian.

“Suspek menawarkan pelaburan A026 Pimco dan meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi dari Google Playstore serta laman web tertentu.

“Mangsa diminta untuk berhubung dengan ejen kedua yang dikenali sebagai Daniel untuk mengesahkan pembayaran ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa melakukan 18 transaksi wang secara dalam talian, keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM500,000 ke dalam tiga akaun bank berbeza.

“Mangsa dijanjikan keuntungan dan berjaya mengeluarkan keuntungan kira-kira RM36,000.

“Mangsa menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan keuntungan kedua dan tampil membuat laporan polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar hanya melabur di platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat kewangan daripada ejen berdaftar sahaja tentang sesuatu pelaburan.

“Jangan sesekali menekan pautan atau memuat turun android package kit (apk) yang tidak diketahui kesahihannya,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik:

Dipukau Bomoh Dari China, Pesara Kerajaan Di Padawan Rugi RM 122K Sekelip Mata
3 Suspek Pecah Masuk Stesen Minyak Di Keningau, Kerugian RM4,600
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Beri Peruntukan RM 50 Juta, Bangunkan Kompleks Pelbagai Guna Di Hutan Simpan Sabal
Next Article Kotor Dan Tidak Terkawal, MBKS Bakal Robohkan Pusat Kitar Semula Di Tabuan Laru Kotor Dan Tidak Terkawal, MBKS Bakal Robohkan Pusat Kitar Semula Di Tabuan Laru

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?