• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dipukau Bomoh Dari China, Pesara Kerajaan Di Padawan Rugi RM 122K Sekelip Mata

Oleh
Aina Musa
28 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Dipukau Bomoh Dari China, Pesara Kerajaan Di Padawan Rugi RM 122K Sekelip Mata

Mangsa merupakan wanita berusia 60-an

Dipukau Bomoh Dari China, Pesara Kerajaan Di Padawan Rugi RM 122K Sekelip Mata. Seorang pesara kerajaan di Padawan telah mengalami kerugian sebanyak RM122,000 selepas menjadi mangsa penipuan oleh seorang bomoh yang didakwa warga negara China.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong, mengatakan bahawa polis telah menerima laporan tentang kejadian tersebut daripada seorang wanita berusia awal 60-an.

Dipukau Bomoh Dari China, Pesara Kerajaan Di Padawan Rugi RM 122K Sekelip Mata. Sumber: Borneo Network

Beliau menyatakan bahawa menurut keterangan mangsa, dia telah didekati oleh tiga wanita yang didakwa warga negara China semasa berada di pasar tani Pekan Batu 10, Kota Padawan sekitar jam 6 pagi.

“Mangsa diminta untuk mencari seorang lelaki tua yang dipanggil ‘Akek’, yang kononnya seorang pengamal perubatan tradisional. Kemudian, mereka mengajak mangsa untuk mendapatkan rawatan dari pengamal tersebut kerana dikatakan mangsa mempunyai nasib malang,” katanya dalam kenyataannya.

“Dalam proses itu, mangsa diminta masuk ke dalam kenderaan yang dinaiki oleh suspek, di mana mereka mengambil perhiasan emas termasuk rantai leher dan rantai tangan daripada mangsa,” tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa suspek juga memaksa mangsa untuk mengambil barang berharga lain di rumah untuk diserahkan kepada mereka bagi tujuan rawatan.

“Selepas itu, suspek memberikan sebuah beg berwarna merah kepada mangsa dengan syarat bahawa beg itu tidak boleh dibuka selama tujuh hari. Namun, apabila beg tersebut dibuka, hanya terdapat dua botol air mineral dan sebungkus garam sahaja di dalamnya,” jelasnya.

“Mangsa kemudian menyedari bahawa dia telah ditipu dan membuat laporan polis. Kerugian yang dialami oleh mangsa dianggarkan berjumlah kira-kira RM122,000,” tambah Lim.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati terhadap individu tidak dikenali yang membicarakan tentang bomoh atau pengamal perubatan tradisional, serta mengklaim bahawa anda mempunyai nasib malang.

“Jika anda merasa ragu-ragu dengan seseorang yang tidak dikenali yang mendekati anda, beritahu ahli keluarga atau orang berdekatan dengan anda. Jangan sekali-kali menaiki kenderaan mereka atau menyerahkan barang berharga seperti wang tunai atau perhiasan kepada mereka,” tandasnya.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tunggang Motosikal Curi, Warga Asing Ditahan Di Kuching
Next Article Sarawak Dijangka Mampu Capai Pengeluaran Kadar Sara Diri Beras Menjelang 2027

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?