I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Pesara Di Kapit Temui Dan Serah RM1.7K, Rupa-Rupanya Gaji Pekerja Buruh Yang Tercicir
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pesara Di Kapit Temui Dan Serah RM1.7K, Rupa-Rupanya Gaji Pekerja Buruh Yang Tercicir

Oleh Kedung BK 15 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pesara Di Kapit Temui Dan Serah RM1.7K, Rupa-Rupanya Gaji Pekerja Buruh Yang Tercicir

Faith in humanity is restored

Pesara Di Kapit Temui Dan Serah RM1.7K, Rupa-Rupanya Gaji Pekerja Buruh Yang Tercicir. Apabila kita tercicir wang, kita akan berasa cemas. Walaupun agak menyedihkan, agak sukar untuk menemui orang yang jujur ​​yang sanggup memulangkan wang yang ditemui – apa lagi kalau wang tersebut berjumlah beribu ringgit.

Namun, seorang pesara guru besar menerima pujian baru-baru ini selepas beliau memulangkan segumpal wang tunai yang ditemui di Kapit Town Square kepada pemiliknya melalui polis.

Pesara Di Kapit Temui Dan Serah RM1.7K, Rupa-Rupanya Gaji Pekerja Buruh Yang Tercicir. Kredit: The Borneo Post

Ternampak wang di atas jalan

Menurut laporan, lelaki itu, yang tidak mahu namanya didedahkan, sedang berjalan di Kapit Town Square sekitar jam 9AM apabila beliau ternampak wang tersebut.

Katanya, beliau menyedari seseorang mungkin tercicir wang itu secara tidak sengaja dan beliau kemudian mengambil gambar wang tunai itu dengan telefon pintarnya sebagai bukti sebelum mengambilnya.

Gambar sekadar hiasan.

Beliau kemudian meminta seorang wanita yang kebetulan lalu di sana untuk menyaksikan beliau mengira wang itu. Selepas mengiranya, beliau mendapati wang tersebut berjumlah RM1,739.

Selepas menentukan jumlah wang itu, beliau pergi ke balai polis Kapit, yang terletak sekitar 600 meter dari lokasi duit itu ditemui, untuk membuat laporan dan menyerahkan wang tunai berkenaan.

Rupa-rupanya milik seorang pekerja buruh kem pembalakan

Wang itu dilaporkan dituntut oleh seorang buruh kem pembalakan yang baru menerima gaji bulanan daripada majikannya.

Menurut burut itu, beliau berasa cemas dan bimbang apabila menyedari wang itu tercicir dari poketnya.

Gambar sekadar hiasan.

Setelah kembali ke Kapit Town Square untuk mencari duitnya yang tercicir, beliau diberitahu bahawa duit terbabit telah diserahkan kepada polis.

Beliau kemudian ke balai polis Kapit untuk menuntut wang itu, bersama slip gaji majikannya sebagai bukti.

Tindakan pesara itu turut menerima pujian daripada orang ramai, dan ia difahamkan bahawa pekerja buruh itu berasa berterima kasih ke atas kejujuran pesara berkenaan.

Nasib baik pekerja ini mendapat kembali wangnya selepas menghilangkannya. Semoga lebih ramai lagi orang jujur seperti pesara ini.

Lagi di sini:

Aktiviti Rancak Tiap Malam, Jalan Di Samarahan Jadi Port Lumba Haram Sambil Lawan Arus
Tular Rakaman ‘Abang Polis’ Tertidur Berdiri Ketika Bertugas, Warga Kuching Luah Rasa Risau
SUMBER : THE BORNEO POST
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aktiviti Rancak Tiap Malam, Jalan Di Samarahan Jadi Port Lumba Haram Sambil Lawan Arus Aktiviti Rancak Tiap Malam, Jalan Di Samarahan Jadi Port Lumba Haram Sambil Lawan Arus
Next Article Pertama Kali Ke Bumi Kenyalang, Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Bakal Dilawati Presiden Jerman

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?