• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pertama Kali Ke Bumi Kenyalang, Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Bakal Dilawati Presiden Jerman

Oleh
Husna Hazmi
16 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Presiden Jerman akan datang melawat Malaysia bermula 16 Februari ini.

Pertama Kali Ke Bumi Kenyalang, Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Bakal Dilawati Presiden Jerman. Dilaporkan, Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier akan melawat Malaysia pada tarikh 16 hingga 19 Februari 2023 dalam usaha membaiki hubungan politik, serta menggalakkan perdagangan dan perubahan iklim.

Lawatan ini juga dikatakan turut memberi tumpuan lain termasuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi Jerman susulan krisis Rusia-Ukraine dan pergantungan Jerman terhadap China yang dianggap semakin berisiko.

Pertama Kali Ke Bumi Kenyalang, Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Bakal Dilawati Presiden Jerman
Pertama Kali Ke Bumi Kenyalang, Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Bakal Dilawati Presiden Jerman

Beliau telah memilih 3 negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia untuk dilawati

Diiringi rombongan terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, Steinmeier bakal bertemu dengan Ketua Negara dan Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga akan melawat 3 negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

Menurut laporan daripada laman Der Bundespräsident, tujuan beliau singgah ke Pulau Pinang adalah kerana negeri ini merupakan lokasi penting untuk perniagaan di Malaysia dan industri Jerman.

Lawatannya ke Kuala Lumpur adalah untuk mengadakan perbincangan politik dengan Raja Sultan Abdullah dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pertama Kali Ke Bumi Kenyalang, Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Bakal Dilawati Presiden Jerman

Presiden Jerman melawat Sarawak

Untuk lawatan Presiden Steinmeier ke Sarawak pula, beliau akan dibimbing oleh pakar tempatan dan antarabangsa mengenai ekosistem pelbagai jenis flora dan fauna unik di sini.

Kemudian beliau akan belajar mengenai ancaman serta cara untuk melindungi biodiversiti pelbagai jenis flora dan fauna tersebut. Ini merupakan kali pertama presiden Jerman memilih negeri Sarawak sebagai destinasi lawatan beliau.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Pernah Dikenali Sebagai Orkid Lundu, Kenali Bunga Rasmi Sarawak Orkid Normah
SUMBER :Der Bundespräsident
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesara Di Kapit Temui Dan Serah RM1.7K, Rupa-Rupanya Gaji Pekerja Buruh Yang Tercicir Pesara Di Kapit Temui Dan Serah RM1.7K, Rupa-Rupanya Gaji Pekerja Buruh Yang Tercicir
Next Article Tular Ramalan Berlaku Gempa Bumi Di Sabah Sarawak Di Tiktok, Met Malaysia Tepis Dakwaan Netizen Tular Ramalan Berlaku Gempa Bumi Di Sabah Sarawak Di Tiktok, Met Malaysia Tepis Dakwaan Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?