• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Buat Hantaran Jelik Tentang Tragedi Helikopter TLDM, Lelaki Didenda RM 23K

Oleh
Husna Hazmi
27 April 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Padah buat hantaran jelik mengenai tragedi helikopter TLDM

Buat Hantaran Jelik Tentang Tragedi Helikopter TLDM, Lelaki Didenda RM 23K. Tatkala semua orang sedang berduka atas pemergian 10 pegawai serta anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam nahas dua helikopter baru-baru ini, seorang lelaki telah didenda RM 23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam gara-gara membuat hantaran jelik berkaitan tragedi berkenaan.

Dipetik dari Kosmo, tertuduh Muhammad Saifuddin Shafik berusia 36 tahun turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berikut.

Buat Hantaran Jelik Tentang Tragedi Helikopter TLDM , Lelaki Didenda RM 23K
Buat Hantaran Jelik Tentang Tragedi Helikopter TLDM , Lelaki Didenda RM 23K. Gambar sekadar hiasan

Membuat hantaran jelik di Twitter

Hukuman tersebut telah dikenakan ke atas lelaki terbabit selepas membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berstatus sudah berkahwin itu didakwa secara sedar membuat penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui perkhidmatan aplikasi Twitter menggunakan nama Saifuddin Shafik@saishafik.

Hantaran jelik berkanaan telah dibaca di Gedung Sari Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai di Bagan Serai pada pukul 6.30 petang, 23 April 2024.

Buat Hantaran Jelik Tentang Tragedi Helikopter TLDM , Lelaki Didenda RM 23K
Gambar sekadar hiasan

Pertuduhan terhadapnya itu telah dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Wan Azimah Yaacob, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan Amin Othman.

Sebelum ini, Muhammad Saifuddin telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mangsa, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan rakyat Malaysia yang terkesan dengan hantaran yang dilakukannya.

Buat Hantaran Jelik Tentang Tragedi Helikopter TLDM , Lelaki Didenda RM 23K
Gambar sekadar hiasan

Tertuduh amat menyesali tingkah laku dan perbuatannya

Tertuduh dikatakan amat menyesali tingkah laku dan perbuatannya yang diakui tidak wajar dilakukan dalam keadaan negara berdepan tragedi seperti itu.

Saya sedar semasa membuat ‘posting’ itu dan amat menyesali perbuatan saya. Tidak mungkin saya membuat (hantaran) itu sekiranya saya tidak ada (menghidap) bipolar.

“Saya juga rela hati menyahaktif akaun Twitter untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku di masa akan datang,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, ketika hujahan mitigasi, Amin memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya didiagnosis menghidap penyakit bipolar sejak tahun 2011 dan menerima rawatan di beberapa pusat perubatan termasuk di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pihak pembelaan juga memohon mahkamah agar mempertimbangkan bahawa hantaran dibuat tertuduh walaupun jelik tetapi tidak sampai menyentuh perkara 3R iaitu perkauman (race), agama (religion) dan institusi diraja (royalty).

Buat Hantaran Jelik Tentang Tragedi Helikopter TLDM , Lelaki Didenda RM 23K
Sumber foto: Kosmo

Pengarah Pendakwaan Negeri mohon hukuman setimpal

Namun demikian, Wan Azimah memohon hukuman setimpal untuk diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat, meskipun terdapat kebebasan dalam membuat hantaran dan komen di media sosial, ia perlulah dilakukan secara berhemah tanpa melukakan hati pihak lain.

Beliau juga berkata, hukuman setimpal yang diberikan ke atas tertuduh ini boleh mengekang perkara sedemikian berulang dilakukan oleh pihak yang tidak dapat mengawal emosi dan perasaan

Anak Sarawak, Joanna Felicia turut terkorban dalam nahas 2 helikopter TLDM baru-baru ini:

Anak Sarawak Turut Terkorban Dalam Tragedi Nahas Helikopter TLDM
Jenazah Mendiang Joanna Felicia Dijangka Sampai Di Kuching Petang ini
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Enggan Contohi Sarawak Dan Akur Ketetapan KPM Dalam Pendidikan Sabah Enggan Contohi Sarawak Dan Akur Ketetapan KPM Dalam Pendidikan
Next Article Stesen Pertukaran ART Jalan Simpang Tiga Kini Dalam Pembikinan Stesen Pertukaran ART Jalan Simpang Tiga Kini Dalam Pembikinan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?