• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pesawat Kargo DHL Terbelah Dua Semasa Pendaratan Cemas di Lapangan Terbang Costa Rica

Oleh
Ismail NA
8 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Banyak pula kejadian berkaitan pesawat baru-baru ini.

Pesawat Kargo DHL Terbelah Dua Semasa Pendaratan Cemas di Lapangan Terbang Costa Rica. Sebuah pesawat kargo syarikat kurier terkemuka dunia, DHL hari ini telah mendarat secara cemas di Lapangan Terbang Juan Santamaria di Costa Rica dan mengakibatkan bahagian ekor pesawat terbelah dua.

Menerusi laporan media antarabangsa, Boeing 757-200 tersebut tergelincir dari landasan lalu menyebabkan bahagian ekornya terbelah dan sebelah sayapnya patah.

Pesawat Kargo DHL Terbelah Dua Semasa Pendaratan Cemas di Lapangan Terbang Costa Rica
Pesawat Kargo DHL Terbelah Dua Semasa Pendaratan Cemas di Lapangan Terbang Costa Rica. Sumber: Reuters

Walau bagaimanapun, kesemua kru pesawat kargo tersebut berada dalam keadaan selamat dan seorang daripadanya menerima rawatan sebagai langkah berjaga-jaga.

A much clearer version of the crash landing has emerged!

Source: Unknown#DHL #AvGeek pic.twitter.com/FCYbgFaW0H

— AviationSource (@AvSourceNews) April 7, 2022

Pesawat kargo berwarna kuning terang itu mendarat di kawasan rumput bersebelahan landasan pesawat dan kemudiannya disembur menggunakan penyembur kebakaran.

Pesawat Kargo DHL Terbelah Dua Semasa Pendaratan Cemas di Lapangan Terbang Costa Rica
Sumber: The Guardian

Pesawat alami kegagalan sistem hidraulik

Lembaga penerbangan sivil Costa Rica, Luis Miranda Munoz memberitahu pemberita bahawa pesawat kargo DHL itu difahamkan dalam perjalanan ke Guatemala sebelum dimaklumkan oleh kapten pesawat bahawa mereka mengalami kegagalan sistem hidraulik. Ini mendorong kapten pesawat tersebut untuk memohon pendaratan cemas tidak lama selepas pesawat itu berlepas.

Pesawat Kargo DHL Terbelah Dua Semasa Pendaratan Cemas di Lapangan Terbang Costa Rica
Sumber: Reuters

Pihak jurucakap Boeing pula tidak mahu memberikan sebarang kenyataan sebelum siasatan dibuat. Dalam masa yang sama, syarikat DHL dan pihak lapangan terbang kini sedang bekerjasama untuk mengalihkan pesawat tersebut.

Pesawat Kargo DHL Terbelah Dua Semasa Pendaratan Cemas di Lapangan Terbang Costa Rica
Sumber : Reuters

Akibat insiden tersebut, lapangan terbang Juan Santamaria tersebut terpaksa ditutup selama beberapa jam. Operator lapangan terbang, Aeris berkata bahawa penutupan dibuat tidak lama selepas kejadian yang berlaku jam 10 pagi waktu tempatan dan dibuka semula pada jam 3.30 petang, lebih awal daripada jangkaan durasi waktu penutupan sehingga jam 6 petang.

Seramai 8,500 penumpang pesawat dan 57 pesawat komersial dan kargo telah terjejas.

Nasib baik semuanya selamat.

Awal minggu ini, pesawat Malaysia Airlines juga mengalami masalah teknikal sewaktu dalam perjalanan ke Tawau:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tawar Perkhidmatan Napor Kubur, Scammer Di Semariang Ini Terima Kecaman Netizen Tawar Perkhidmatan Napor Kubur, Scammer Di Semariang Ini Terima Kecaman Netizen
Next Article Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?