• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas

Oleh
Ismail NA
5 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

“Masa tu memang fikir nak mati dah,” – Penumpang

Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas. Pada 3 April yang lalu, sebuah pesawat Malaysia Airlines telah melakukan pusingan-U selepas 30 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pesawat tersebut dalam perjalanan ke Tawau, Sabah dan dikatakan sempat menurun dari ketinggian 31,000 kaki kepada 24,000 kaki dalam masa beberapa saat sahaja.

Isi Isi Penting
  • “Masa tu memang fikir nak mati dah,” – Penumpang
  • Hilang kawalan selama 10 minit sebelum stabil semula
  • Kapten juruterbang beri ulasan tentang insiden
  • Kejadian yang sangat ‘rare’
  • Beberapa minggu yang lalu, pesawat China menjunam 90 darjah dan terhempas di pergunungan selatan China:

Pengalaman ini dikongsikan oleh penumpang pesawat MAS itu sendiri, Halimah Nasoha di laman Facebook nya. Halimah yang menggunakan nama Facebook. Yi Ma Nas memberitahu bahawa beliau menaiki pesawat MH2664 pada jam 2.30 minit petang pada 3 April 2022 dan memberitahu bahawa beliau berasa sangat gementar semasa mengalami detik cemas itu.

Dalam hantarannya di laman Facebook, Halimah memberitahu bahawa pesawat tersebut tiba-tiba berasa seperti terjunam untuk beberapa ketika. Penumpang-penumpang di dalam pesawat dikatakan berada dalam keadaan ketakutan dan sangat gementar. Ada di antaranya yang menjerit dan mulai menangis.

Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas
Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas. Sumber: FB Yi Ma Nas

Hilang kawalan selama 10 minit sebelum stabil semula

Mengulas lanjut, Halimah berasakan seperti nyawanya berada di hujung tanduk dan berasa seperti di ambang kematian. Beliau pada ketika itu tidak memakai tali pinggang keselamatan kerana isyarat tali pinggang keledar telah dipadamkan. Penumpang ini berasa seperti terlambung-lambung.

Pesawat terbabit dikatakan hilang kawalan dalam masa 10 minit dan kemudiannya mulai stabil. Namun, berlaku pula jatuhan kali kedua tetapi tidak seteruk yang berlaku di kali pertama.

Mujur, pesawat terbabit sempat distabilkan semula dan melakukan keputusan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA). Pesawat tersebut juga sempat berlegar-legar di ruang udara Melaka sebelum melakukan pendaratan di KLIA.

Beliau kemudiannya segera membuka aplikasi Flightradar untuk menyemak semula situasi yang berlaku kepadanya serta penumpang-penumpang lain dalam penerbangan MH2664 itu. Selepas kejadian itu, Halimah segera menukar penerbangan dan selamat tiba di Tawau pada jam 9.50 malam, hari yang sama.

Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas
Sumber: Flightradar24
Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas
Sumber: Flightradar24

Kapten juruterbang beri ulasan tentang insiden

Terdapat juga penumpang lain berkongsi pengalaman yang sama mengenai kejadian tersebut di laman Twitter namun ciapan asal telah dipadam. Walau bagaimanapun, ciapan tersebut sempat menerima balasan daripada seorang kapten juruterbang pesawat Boeing 737-800 dengan nama pengguna @aviatorian86.

Juruterbang ini menjelaskan bahawa pesawat tersebut sebenarnya tidak jatuh dari ketinggian 31,000 kaki kepada 24,000 kaki, tetapi sebaliknya hanya turun dari ketinggian 25,000 kaki ke 23,451 kaki, iaitu kira-kira hanya kehilangan 1,500 altitud.

Beliau juga menjelaskan bahawa kejadian tersebut disebabkan situasi yang dinamakan sebagai ‘air pocket’ atau ‘downcraft’. Sekiranya pesawat mengalami situasi seperti ini, ia berisiko membawa kepada kerosakan pada kawalan permukaan (control surface). Maka, keputusan yang paling tepat adalah untuk kapten berpatah semula ke KLIA.

Masalah ini juga diklasifikasikan sebagai ‘Indicated Air Speed (IAS) and Altitude (ALT) Disagree’. Jatuhan secara mendadak adalah perkara yang perlu dilakukan oleh juruterbang bagi mengimbangi semula kelajuan udara yang disyaki telah hilang. Sebarang kelewatan boleh mengakibatkan bencana.

Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas
Sumber: Twitter @aviatorian86
Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas
Sumber: Twitter @aviatorian86

Kejadian yang sangat ‘rare’

Tambahnya lagi, kejadian ini adalah kejadian terpencil dan jarang sekali berlaku. Daripada beribu penerbangan Malaysia Airlines setiap hari, hanya satu daripada pesawatnya mengalami masalah ini.

Pasukan keselamatan perlu melakukan penyiasatan terperinci bagi mengetahui punca masalah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden terbabit bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, ulasnya lanjut.

Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas
Sumber: Twitter @aviatorian86

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter dengan nama Marcus Osborne membalas dengan ciapan bahawa MAS perlu segera mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengelakkan jenama pesawat nasional Malaysia itu terus terpalit dengan isu kepercayaan di peringkat global.

Isu ini hanyalah satu persepsi. Malaysia Airlines mempunyai persepsi dan tahap kepercayaan yang rendah di peringkat global. Untuk membina semula kepercayaan dan menghidupkan semula jenama memerlukan satu kemenangan kecil. Ini adalah peluang yang dimiliki oleh MAS untuk memberi penjelasan terbaik mengenai isu rutin.

Tanpa kenyataan rasmi, naratif ini bakal menjadi sesuatu yang nyata.
Marcus Osborne, pengguna Twitter

Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas
Sumber: Twitter

Sehingga artikel ini diterbitkan, pihak MAS masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian. Apa-apa pun, yang penting tiada insiden yang serius berlaku dan penumpang semuanya mendarat dalam keadaan yang selamat.

Beberapa minggu yang lalu, pesawat China menjunam 90 darjah dan terhempas di pergunungan selatan China:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Catat Sejarah Baru! 6 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Harvard, Dua Daripadanya Anak Sabah Dan Sarawak
Next Article Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5,000 Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Pengeluar Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5K

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?