• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peserta The Amazing Race Australia Kini Terlihat Buat Penggambaran Di Sarawak Pula

Oleh
Nazihah AN
8 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Peserta The Amazing Race Australia Kini Terlihat Buat Penggambaran Di Sarawak Pula

Yang suka tengok channel AXN mesti tahu rancangan ini

Peserta The Amazing Race Australia Kini Terlihat Buat Penggambaran Di Sarawak Pula. Pada bulan Jun tahun lepas, beberapa peserta dari The Amazing Race Australia: Edisi Selebriti telah dikesan di Pulau Pinang. Dan pada awal bulan Februari tahun ini, muncul satu video di mana netizen berada dalam LRT yang sama dengan peserta rancangan tersebut di Kelana Jaya, Selangor.

Dan kini, menerusi satu hantaran di laman Facebook, di mana salah seorang staf (FB Carl Henry) Semadang Kayak turut berkongsi pengalaman beliau menjadi pasukan sokongan untuk penggambaran The Amazing Race Australia di Sungai Semadang, Kuching, Sarawak.

Peserta The Amazing Race Australia Kini Terlihat Buat Penggambaran Di Sarawak Pula
Sumber: FB Carl Henry

Siapa sangka rancangan terkenal di luar negara ini buat penggambaran sampai di Sarawak!

“Great experienced to be one of the support team to the famous AXN TV show, Amazing Race Australia,” tulis Carl Henry.

Penggambaran rancangan realiti terkenal dari Australia ini nampaknya sedang berlangsung di pelbagai lokasi menarik di Malaysia. Selepas membuat penggambaran di Pulau Pinang dan Selangor, kini giliran Kuching menjadi tumpuan untuk merakam cabaran-cabaran menarik bagi peserta The Amazing Race Australia.

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada Kuching merupakan destinasi terakhir penggambaran atau terdapat lagi lokasi-lokasi lain di Malaysia yang akan menjadi lokasi penggambaran bagi musim terbaharu rancangan realiti ini.

Bagaimanapun, pemilihan Malaysia sebagai salah satu lokasi penggambaran sudah tentu menjadi pendedahan yang baik untuk mempromosikan pelbagai tempat menarik serta keunikan budaya di negara ini kepada penonton dari seluruh dunia.

Siaran The Amazing Race Australia musim terbaharu ini dijangka akan disiarkan tidak lama lagi di Australia selepas proses penggambaran yang sedang berjalan ini disiapkan sepenuhnya. Para peminat rancangan realiti popular ini sudah pasti tidak sabar menanti untuk melihat cabaran-cabaran yang dilalui peserta di lokasi-lokasi menarik di Malaysia.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Youtuber Dari Singapura Makan Nasi Beriani 7kg Di Kuching Sampai Licin Buat Netizen Melopong
Sarawak Raih Perhatian Ramai Dengan Persembahan Memukau Di Berlin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Premis Kotor Dan Ada Najis Tikus, Dua Restoran Di Jalan Batu 3 Kuching Diarah Tutup Premis Kotor Dan Ada Najis Tikus, Dua Restoran Di Jalan Batu 3 Kuching Diarah Tutup
Next Article Terkini Penjawat Awam Sarawak Terima Bayaran Insentif RM2000 Dari Kerajaan Negeri Terkini: Penjawat Awam Sarawak Terima Bayaran Insentif RM2000 Dari Kerajaan Negeri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?