• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peta Sabah Dan Sarawak Bertukar Tempat, Lelaki Ini Tampil Tegur Syarikat Automotif Tempatan

Oleh
Aina Musa
13 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Peta Sabah Dan Sarawak Bertukar Tempat, Lelaki Ini Tampil Tegur Syarikat Automotif Tempatan

Perkara lain pula jadi perhatian semasa sidang pelancaran Proton

Peta Sabah Dan Sarawak Bertukar Tempat, Lelaki Ini Tampil Tegur Syarikat Automotif Tempatan. Proton Holdings Bhd (Proton) telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, e.MAS, yang dijangka diperkenalkan akhir tahun ini. Selain itu, Proton melantik 17 pengedar EV dan membuka permohonan untuk peniaga berminat dengan sasaran membuka 30 cawangan menjelang 2025.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah kesalahan pada peta yang dipaparkan di skrin semasa sidang pelancaran tersebut. Dalam satu slaid yang dipaparkan menunjukkan “network target to finalise 20+ outlets in 2024,” didapati terdapat kesalahan di mana kedudukan Sabah dan Sarawak bertukar tempat.

Peta Sabah Dan Sarawak Bertukar Tempat, Lelaki Ini Tampil Tegur Syarikat Automotif Tempatan
Peta Sabah Dan Sarawak Bertukar Tempat, Lelaki Ini Tampil Tegur Syarikat Automotif Tempatan. Sumber: Facebook

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Rem Dambul, beliau menegur kesalahan yang dilakukan oleh syarikat automotif tersebut. Beliau menyatakan terdapat dua kegagalan besar Proton dalam hal ini.

Pertama, kegagalan geografi. Kesalahan tersebut menunjukkan bahawa kedudukan Sabah dan Sarawak telah tertukar. Kedua, kegagalan kartografi. Peta tersebut tidak menggambarkan saiz sebenar Sabah dan Sarawak yang hampir dua kali ganda saiz Semenanjung Malaysia.

Semoga kesalahan ini dijadikan iktibar dan tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Dia juga menyatakan rasa hairannya terhadap kesalahan tersebut sambil berkata, “Dengan sumber Proton yang begitu besar dari segi tenaga kerja, dana, dan kepakaran, tidakkah ada seorang pun penyunting untuk meneliti bahan yang mahu dikongsi bagi acara bertaraf antarabangsa ini?”

Beliau menekankan bahawa isu ini adalah perkara besar kerana Proton adalah jenama nasional yang mendapat pelbagai perlindungan dasar negara. Ini bermakna Proton mewakili nilai ketatanegaraan yang tinggi dalam konteks Malaysia.

Baca lagi artikel menarik:

Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Wujud Sejak 500 Tahun Dulu, Ketahui Sejarah Dan Asal Usul Kota Marudu Di Sabah
SUMBER :FB Rem Dambul
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Antara Negeri Paling Banyak Terima Pelawat Domestik Pada 2023
Next Article Didakwa Fitnah Premier Sarawak, Wartawan Buat Laporan Polis Terhadap Penulis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?