• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Antara Negeri Paling Banyak Terima Pelawat Domestik Pada 2023

Oleh
Farisha
12 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Selain Sarawak, Selangor dan KL turut menerima pelawat domestik 2023 paling banyak

Sarawak Antara Negeri Paling Banyak Terima Pelawat Domestik Pada 2023. Selangor muncul sebagai negeri paling banyak dikunjungi pelancong domestik pada tahun 2023, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, Selangor merekodkan 27.6 juta pelawat domestik pada tahun lalu manakala Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing menerima 22.2 juta dan 17.9 juta pelawat domestik.

Sarawak Antara Negeri Paling Banyak Terima Pelawat Domestik Pada 2023
Sarawak Antara Negeri Paling Banyak Terima Pelawat Domestik Pada 2023

Prestasi pelancongan domestik di Malaysia mengalami peningkatan mendadak pada 2023 dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM84.9 bilion berbanding RM64.1 bilion pada 2022.

Menurut laporan, perbelanjaan tertinggi adalah untuk membeli-belah (36.3%), diikuti makanan & minuman (16.3%) dan pembelian bahan api kenderaan (13.2%). Melawat saudara-mara & rakan menyumbang 33.6% tujuan pelancongan domestik, manakala membeli-belah adalah tujuan kedua (32.6%).

Untuk suku pertama 2024 pula, perbelanjaan pelancongan domestik merekodkan RM24.1 bilion, melonjak 25.3% tahun ke tahun. Bilangan pelawat domestik turut meningkat 19% kepada 58.6 juta berbanding suku sama 2023, dan meningkat 6.5% berbanding suku keempat 2023.

Malah, Sarawak juga antara negeri penyumbang terbesar eksport Malaysia 2023

Sarawak Antara Negeri Paling Banyak Terima Pelawat Domestik Pada 2023
Sarawak Antara Negeri Paling Banyak Terima Pelawat Domestik Pada 2023

Selain itu, dilaporkan bahawa Sarawak juga antara salah satu negeri penyumbang utama eksport Malaysia 2023.

Untuk makluman, lima negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Sarawak mencatatkan sumbangan 80.9% daripada jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2023, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sungguh Meriah, Rumah Terbuka Premier Sarawak Dikunjungi Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
SUMBER :dagang newsdagang news
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Lagi Sekolah Daif Di Sabah Menjelang 2029, Kini Dalam Proses Baik Pulih Tiada Lagi Sekolah Daif Di Sabah Menjelang 2029, Kini Dalam Proses Baik Pulih
Next Article Peta Sabah Dan Sarawak Bertukar Tempat, Lelaki Ini Tampil Tegur Syarikat Automotif Tempatan Peta Sabah Dan Sarawak Bertukar Tempat, Lelaki Ini Tampil Tegur Syarikat Automotif Tempatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?