• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Petros Kini Buka Cawangan Kedua Di Daro, Bakal Diperluas Ke Pusa, Sibu dan Kapit

Oleh
Nazihah AN
19 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Petros Kini Buka Cawangan Kedua Di Daro, Bakal Diperluas Ke Pusa, Sibu dan Kapit

Ini merupakan cawangan kedua Petros di Sarawak

Petros Kini Buka Cawangan Kedua Di Daro, Bakal Diperluas Ke Pusa, Sibu dan Kapit. Kerajaan Sarawak akan memperluaskan Stesen Pelbagai Bahan Bakar Petros ke seluruh Sarawak untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik yang lebih lestari kepada alam sekitar.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, stesen tersebut akan dibina di Pusa, Sibu dan Kapit selepas stesen pertama dibangunkan di Kuching dan stesen terbaharu di Daro.

Petros Kini Buka Cawangan Kedua Di Daro, Bakal Diperluas Ke Pusa, Sibu dan Kapit
Sumber: UKAS

Beliau juga mempunyai rancangan untuk menggunakan kenderaan bertenaga hidrogen sebagai langkah kedua.

Abang Johari menyatakan bahawa pembinaan stesen-stesen ini adalah langkah persediaan Sarawak untuk mempromosi penggunaan kenderaan elektrik dan berubah daripada penggunaan bahan bakar fosil yang mengeluarkan karbon ke udara.

Menurut beliau, Sarawak mempunyai sumber tenaga hidro yang mencukupi untuk mengeluarkan elektrik dan ini akan digunakan sebagai sumber tenaga untuk kenderaan elektrik.

Petros Kini Buka Cawangan Kedua Di Daro, Bakal Diperluas Ke Pusa, Sibu dan Kapit

Bangunan baru ini akan dilengkapi dengan mesin ATM dan sebuah bangunan apartmen sebagai tempat tinggal pegawai.

Beliau juga menyatakan bahawa dengan penggunaan teknologi baharu dalam kenderaan elektrik, rakyat dapat menggunakan kenderaan yang lebih lestari dan mengurangkan pengeluaran karbon.

Perkara ini adalah satu pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan alam sekitar yang lebih lestari dan selain itu, stesen-stesen ini juga akan memberi perkhidmatan kepada penduduk luar bandar. Ini akan membantu mempercepatkan pembangunan di kawasan-kawasan baru yang mempunyai potensi ekonomi dalam sektor pertanian, penghantaran dan perikanan.

Petros Kini Buka Cawangan Kedua Di Daro, Bakal Diperluas Ke Pusa, Sibu dan Kapit

Beliau juga menambah bahawa pembinaan jambatan Batang Paloh dan Batang Igan yang dijangka akan siap dalam masa dua tahun akan membuka lebih banyak ruang untuk pembangunan di Daro.

Dalam ucapan beliau, Abang Johari turut mengumumkan pembinaan bangunan baru untuk pejabat daerah Daro sempena ulang tahun ke-50 status Daro sebagai daerah. Bangunan baru ini akan dilengkapi dengan mesin ATM dan sebuah bangunan apartmen sebagai tempat tinggal pegawai.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

Aksi ‘Hollywood’ Suspek Kes Samun Sempat Dirakam Dashcam, Netizen Puji Tindakan IPD Miri
Pelik Tekstur ‘Crispy’, Wanita Terkejut Temui Pasir Dan Serpihan Cengkerang Dalam Belacan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aksi 'Hollywood' Suspek Kes Samun Sempat Dirakam Dashcam, Netizen Puji Tindakan IPD Miri Aksi ‘Hollywood’ Suspek Kes Samun Sempat Dirakam Dashcam, Netizen Puji Tindakan IPD Miri
Next Article Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?