• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Petugas KKM Ditemui Maut Di Bilik Rehat Sebuah Hotel Pusat Kuarantin Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
13 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa merupakan pembantu perubatan dan berasal dari Mukah.

Petugas KKM Ditemui Maut Di Bilik Rehat Sebuah Hotel Pusat Kuarantin Di Kuching. Dilaporkan bahawa, seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik rehat di sebuah hotel yang dijadikan pusat kuarantin di Kuching disahkan meninggal dunia pada malam Khamis. 

Petugas KKM Ditemui Maut Di Bilik Rehat Sebuah Hotel Pusat Kuarantin Di Kuching
Petugas KKM Ditemui Maut Di Bilik Rehat Sebuah Hotel Pusat Kuarantin Di Kuching.

Ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik rehat 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, dalam kejadian jam 7.07 malam itu, polis menerima maklumat awal bahawa seorang petugas KKM yang bertugas di pusat kuarantin berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik rehat di tingkat 2 dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Menurut beliau, mangsa merupakan seorang pembantu perubatan berusia 28 tahun yang baru sahaja ditugaskan di pusat kuarantin tersebut pada 2 Ogos lalu dan berasal dari Mukah.

“Berdasarkan maklumat tersebut, polis dengan ambulans hadir di lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dan tiada sebarang kesan pecah masuk atau kehilangan barangan milik mangsa,” kata beliau dalam kenyataan hari ini. 

Petugas KKM Ditemui Maut Di Bilik Rehat Sebuah Hotel Pusat Kuarantin Di Kuching

Meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang 7 jam

Beliau menjelaskan bahawa, petugas kesihatan yang turut hadir ke lokasi telah mengesahkan mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang 7 jam sebelum mangsa disedari oleh rakan sekerja. 

Tambah Ahsmon lagi, pemeriksaan tubuh badan juga mendapati tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh mangsa dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk saringan Covid-19 dan juga bedah siasat.

Sementara itu, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui terhadap kematian mangsa. 

“Polis mengingatkan supaya tiada mana- mana individu membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa,” tegas beliau. 

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dikenakan PKPD, Pengunjung Dan Penganjur Majlis Perkahwinan Di Sebuah Kampung Dikecam Netizen Dikenakan PKPD, Pengunjung Dan Penganjur Majlis Perkahwinan Di Sebuah Kampung Dikecam Netizen
Next Article Program Vaksinasi Remaja 12-17 Tahun Akan Diumumkan Minggu Hadapan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?