Salah satu kampung di Debak telah dikenakan PKPD semalam
Dikenakan PKPD, Pengunjung Dan Penganjur Majlis Perkahwinan Di Sebuah Kampung Dikecam Netizen. Seorang pengguna Facebook memuat naik sebuah post di sebuah kumpulan Facebook semalam menggesa orang-orang yang telah menghadiri majlis perkahwinan di sebuah kampung pada 30 Julai dan 6 Ogos lalu untuk menjalani ujian swab kerana kampung tersebut kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Namun, posting tersebut turut mengundang kecaman daripada netizen yang berpendapat bahawa para tetamu serta penganjur majlis perkahwinan berkenaan telah menimbulkan kesukaran dan masalah bagi orang lain, dengan jumlah kes meningkat secara mendadak kebelakangan ini.
“Kenapa nak buat majlis masa ini?” – netizen
Tinjauan pada komen post terbabit mendapati bahawa ramai netizen meluahkan perasaan marah mereka terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam majlis perkahwinan tersebut. Kebanyakan mereka berpendapat bahawa masa ini bukan sesuai untuk menganjurkan majlis perkahwinan.
Antaranya adalah:
“Tolong ambil tindakan,” – netizen
Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa mereka yang terlibat dalam majlis perkahwinan ini harus diambil tindakan atas kesalahan melanggar SOP yang telah ditetapkan.
Antaranya adalah:
Namun, terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa ahli politik yang bertanggungjawab atas daerah / kawasan terbabit harus mengambil tanggungjawab agar perkara ini tidak berlaku:
“Saya rasa masa sudah tiba untuk YB / Menteri yang dilantik untuk kawasan tersebut agar dikenakan hukuman jika kes seperti ini berlaku di kawasan mereka. 1 orang 50k, jika 100 orang dari kawasan tersebut menyebabkan sebuah kluster berpunca dari majlis perkahwinan/pengebumian/perhimpunan. Saman YB / menteri yang dilantik itu. Dan dia akan menanggung semua perbelanjaan yang terlibat.”
Ketika ditanya mengapa YB / menteri harus dihukum atas perbuatan orang lain, netizen ini berkata,
“Ia adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan perhimpunan seperti ini tidak dibenarkan. Mereka harus melaksanakan peraturan yang ketat dan rondaan harian oleh pihak berkuasa di kawasan mereka. Dengan kuasa besar datang tanggungjawab yang besar. Dengan tanggungjawab datang pengorbanan, dan pengorbanan memberikan hasil. Saya rasa kita semua belajar bahawa PKP tidak menghentikan penyebaran. Vaksinasi tidak melambatkan penyebaran. Satu-satunya perkara sekarang adalah tingkah laku manusia.”
Ia juga difahami bahawa ini adalah kali kedua kampung terbabit dikenakan PKPD.
Majlis perkahwinan boleh tunggu
Ia sudah dinyatakan dalam SOP bahawa majlis sosial seperti majlis perkahwinan tidak dibenarkan semasa tempoh PKP ini.
Perlu diingatkan juga bahawa individu yang sudah selesai dengan vaksin Covid-19 mereka tidak bermaksud mereka kebal terhadap virus. Anda masih boleh dijangkiti walaupun anda sudah divaksin dos sepenuhnya.
Perkahwinan adalah perkara yang indah dan membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri. Namun, ingatan ini boleh menjadi kenangan pahit sekiranya majlis perkahwinan yang diadakan untuk menyaksikan persatuan ini menjadi penyebab orang lain bertarung nyawa.
Don’t be selfish, majlis perkahwinan boleh tunggu – kahwin secara sah atas kertas adalah perkara yang penting bukannya majlis. Jika anda ingin mengahwini pasangan anda, buat lah semudah yang mungkin tanpa perlu mengadakan majlis perkahwinan.
Apabila keadaan sudah selamat, anda boleh menganjurkan majlis perkahwinan anda tanpa membahayakan keselamatan para tetamu anda.