• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pfizer Bersedia Hantar Vaksin COVID-19 Setelah Beberapa Jam Mendapat Kelulusan

Oleh
Husna Hazmi
20 November 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Akhirnya. Pfizer sasar hantar vaksin ke seluruh dunia setelah beberapa jam mendapat kelulusan.

Pfizer Bersedia Hantar Vaksin COVID-19 Setelah Beberapa Jam Mendapat Kelulusan. Syarikat Farmaseutikal Pfizer kini bersedia untuk menghantar vaksin COVID-19 yang dihasilkan mereka beberapa jam selepas mendapat kelulusan.

Isi Isi Penting
  • Akhirnya. Pfizer sasar hantar vaksin ke seluruh dunia setelah beberapa jam mendapat kelulusan.
  • Meminta kelulusan daripada pihak berkuasa
  • Pada akhir tahun menjangka mempunyai 50 juta dos
  • Proses pengedaran akan memakan masa

Kenyataan itu susulan keputusan ujian daripada percubaan terakhir vaksin tersebut dengan kerjasama syarikat dari German BioNTech telah menunjukkan keberkesanan 95% dan selamat untuk melindungi warga emas, iaitu golongan yang paling berisiko maut akibat virus COVID-19.

Pfizer Bersedia Hantar Vaksin COVID-19 Setelah Beberapa Jam Mendapat Kelulusan

Meminta kelulusan daripada pihak berkuasa

Di dalam temu bual bersama Sky News, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata syarikat tersebut akan meminta kelulusan daripada pihak berkuasa di seluruh dunia dalam beberapa hari lagi dan telah bersedia untuk mengedarkan 20 juta dos yang pertama.

“Setelah diberikan lampu hijau, matlamat kami adalah untuk memulakan pengiriman dalam beberapa jam setelah kami menerima lampu hijau tersebut.”

“Sebenarnya, saya harus memberitahu anda bahawa kami telah menghasilkan lebih daripada 20 juta dos di gudang kami dan akan diteruskan untuk menghasil lebih banyak lagi.”

Pfizer Bersedia Hantar Vaksin COVID-19 Setelah Beberapa Jam Mendapat Kelulusan

Pada akhir tahun menjangka mempunyai 50 juta dos

Inilah sebabnya mengapa kami mengatakan bahawa pada akhir tahun, kami menjangka untuk mempunyai 50 juta dos yang dapat kami edarkan kepada dunia dan akhirnya akan dapat menghasilkan 1.3 bilion dos yang kami telah janjikan atau kami menjangka akan dihasilkan tahun depan,” katanya.

Pada akhir tahun pula, Bourla mengharapkan syarikat tersebut dapat menghasilkan 50 juta dos vaksin dan akan dapat memenuhi 1.3 bilion dos vaksin seperti yang dijanjikan pada tahun 2021.

Pfizer Bersedia Hantar Vaksin COVID-19 Setelah Beberapa Jam Mendapat Kelulusan

Proses pengedaran akan memakan masa

Bagaimanapun, Bourla mengaku bahawa proses pengedaran ini akan memakan masa untuk majoriti penduduk divaksinasi namun optimis kehidupan akan kembali normal pada tahun hadapan.

Beliau juga percaya bahawa suku kedua tahun 2021 akan sangat memberi impak yang sangat berbesa bagi kebanyakan pendusuk di seluruh dunia.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru Berusia Enam Tahun, Dah Pandai Surprise Ibu Dengan Emas Guna Duit Simpanan Hari Jadi
Next Article Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?