I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA

Oleh Husna Hazmi
Dikirim pada 20/11/20 11:44 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Individu pulang dari Sabah dibenar keluar dari lapangan terbang tanpa dikenakan perintah kuarantin rumah cetus Kluster baru.

Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA. Kelonggaran SOP di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) menyebabkan seseorang yang pulang dari Sabah dibenarkan keluar dari lapangan terbang tanpa dikenakan perintah kuarantin di rumah, menurut Kementerian Kesihatan.

Masalah tersebut hanyalah disedari oleh pihak berkuasa ketika seorang lelaki berusia 65 tahun pergi ke hospital beberapa hari setelah mengalami beberapa gejala Covid-19. Lelaki tersebut kemudiannya disahkan positif virus itu pada 13 November.

Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA
Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA

Sudah pun terlambat

Walau bagaimanapun, pada ketika itu, ianya sudah pun terlambat kerana pihak berkuasa kemudiannya telah mendapati lelaki berkenaan telah mencetuskan jangkitan baharu, yang dinamakan Kluster Bah Bercham.

Sehingga kini, Kluster tersebut mempunyai lima kes positif. Ujian saringan terhadap kemungkinan kes berkaitan dengan kluster tersebut setakat ini melibatkan 137 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu wartawan hari ini bahawa individu tersebut telah menjalani ujian COVID-19 tiga hari sebelum kembali ke Semenanjung dari Tawau, Sabah.

Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA

Kuarantin mandatori selama 14 hari

Menurut beliau, walaupun mereka yang kembali dibenarkan untuk menjalani ujian sebelum berlepas dari Sabah, tetapi mereka yang diuji negatif masih perlu menjalani kuarantin mandatori selama 14 hari.

“Bila sampai ke KLIA, sah dari sistem telah jalan saringan dan negatif. Sepatutnya bila negatif, patut pergi kaunter pakai gelang dan dikenakan perintah pengawasan di rumah (HSO). Tetapi macam mana dia terus keluar (dari KLIA),” kata Dr Noor Hisham pada taklimat harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dipercayai lelaki tersebut tinggal di Perak, kerana dia dan empat lagi kes positif lain dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak. KKM sejak itu mengambil maklum kewujudan masalah di KLIA, dan pihak berkuasa meneliti bagaimana lelaki tersebut dapat berjalan keluar dari lapangan terbang tanpa melalui kaunter HSO.

Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA

Perketatkan lagi kawalan

“Sekarang kita perketatkan lagi kawalan, walau ada laporan negatif akan dipakai gelang dan diberi HSO,” kata beliau. Dr Noor Hisham berkata inilah sebab mengapa KKM menetapkan tempoh kuarantin selama 14 hari bagi mereka yang pulang dari Sabah dan juga luar negara.

Pihak berkuasa kesihatan, jelasnya, mendapati tujuh peratus kes positif yang melibatkan kepulangan dari Sabah dikesan pada hari ke-13 dalam tempoh kuarantin mereka. Jelasnya, inilah juga sebab KKM menolak permohonan oleh beberapa orang, termasuk penjawat awam yang kembali ke semenanjung dari Sabah setelah menyelesaikan tugas mereka di sana, untuk memendekkan tempoh kuarantin mereka.

“Kita bimbang kerana ada kebolehjangkitan. Ada tempoh inkubasi,” tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 20 November 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pfizer Bersedia Hantar Vaksin COVID-19 Setelah Beberapa Jam Mendapat Kelulusan
Next Article Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Malaysia

Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu

26 Jun 2022
Subsidi Minyak Masak Tulen Dimansuhkan, Mulai Berkuatkuasa Pada 1 Julai Ini
Berita Malaysia

Mulai Berkuatkuasa Pada 1 Julai Ini, Subsidi Minyak Masak Tulen Dimansuhkan

22 Jun 2022
Berita Malaysia

Tergamak Beri Dadah Meth Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Kini Kritikal

21 Jun 2022
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Berita Malaysia

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’

20 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?