• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penduduk Seru Pihak Berkuasa Sandakan Buat Rangka Kerja Untuk Elak Banjir

Oleh
Farisha
17 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Hujan makin kritikal, penduduk Sandakan desak tindakan segera tangani banjir

Penduduk Seru Pihak Berkuasa Sandakan Buat Rangka Kerja Untuk Elak Banjir. Situasi banjir kilat semakin memburuk di beberapa kawasan, termasuk di tengah bandar Sandakan, selepas hujan lebat berterusan sejak pagi Khamis.

Keadaan ini menyebabkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat apabila banyak kenderaan terkandas, menyekat trafik, dan operasi menyelamat menjadi mencabar.

Penduduk Seru Pihak Berkuasa Sandakan Buat Rangka Kerja Untuk Elak Banjir
Penduduk Seru Pihak Berkuasa Sandakan Buat Rangka Kerja Untuk Elak Banjir. Sumber foto: Facebook

Panggilan untuk Tindakan Segera oleh Pihak Berkuasa

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pengguna Facebook menggesa Ketua Daerah Sandakan serta YB-YB di kawasan ini untuk memulakan rangka kerja yang konkrit bagi menangani isu banjir kilat ini.

Penduduk menyuarakan bahawa masalah utama adalah saluran parit yang tersumbat, sistem saliran yang tidak lancar, serta jalur saluran air yang tidak efektif.

“Tolong la jangan bagi alasan hujan lebat tiba-tiba. YB-YB kita semua di Sandakan hebat-hebat belaka. Masa untuk beraksi. Tak perlu turun mandi hujan, tetapi pastikan isu ini diselesaikan dengan pembentangan terancang dan pengumuman langkah penyelesaian di media seperti Berita atau Facebook,” tulis individu tersebut di Facebook.

Penduduk turut berharap agar perancangan sistematik dilakukan supaya pendapatan harian mereka tidak terganggu dan, yang paling penting, nyawa dapat diselamatkan.

Banjir yang Mengganggu Rutin Harian

Kejadian banjir kilat ini tidak hanya menyukarkan pergerakan harian tetapi turut memberi tekanan kepada penduduk yang terpaksa berdepan dengan kerosakan harta benda.

Hujan lebat yang berlarutan sejak pukul 8.30 pagi Khamis (semalam) ini jelas menunjukkan keperluan untuk perancangan yang lebih baik dalam menangani situasi banjir di masa hadapan.

Penduduk Sandakan kini hanya mampu berharap agar keadaan kembali pulih secepat mungkin. Bagi anda yang berada di kawasan terjejas, sila utamakan keselamatan dan elakkan sebarang aktiviti di kawasan berisiko.

Pemantauan dan Langkah Keselamatan

Pasukan bomba kini giat memantau kawasan yang terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk dan meminimumkan risiko kerosakan. Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, elakkan melalui kawasan yang dinaiki air, dan segera menghubungi pihak berkuasa jika memerlukan bantuan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai 799 kawasan berisiko banjir di Sabah:

Hujan Lebat Berterusan, 799 Kawasan Berisiko Banjir Dikenal Pasti Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syarikat SESCO Perkenal Format Baharu Bil Elektrik Digital Mulai 20 Januari Ini Syarikat SESCO Perkenal Format Baharu Bil Elektrik Digital Mulai 20 Januari Ini
Next Article Enggan Jaga Warga Emas, Anak Saudara Disyaki Nekad Bunuh Ibu Saudara Di Bintulu Enggan Jaga Warga Emas, Anak Saudara Disyaki Nekad Bunuh Ibu Saudara Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?