• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syarikat SESCO Perkenal Format Baharu Bil Elektrik Digital Mulai 20 Januari Ini

Oleh
Nazihah AN
17 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Syarikat SESCO Perkenal Format Baharu Bil Elektrik Digital Mulai 20 Januari Ini

Bil Elektrik SESCO Baharu: Lebih Jelas, Lebih Terperinci

Syarikat SESCO Perkenal Format Baharu Bil Elektrik Digital Mulai 20 Januari Ini. Bermula 20 Januari 2025, SESCO Berhad, anak syarikat Sarawak Energy, akan memperkenalkan format baharu bil elektrik yang direka untuk memudahkan pelanggan memahami caj dan penggunaan tenaga mereka dengan lebih jelas.

Menurut kenyataan Sarawak Energy, format baharu ini dibangunkan berdasarkan maklum balas pelanggan. Matlamatnya adalah untuk menawarkan bil elektrik yang lebih terperinci, tersusun, dan mesra pengguna.

Syarikat SESCO Perkenal Format Baharu Bil Elektrik Mulai 20 Januari Ini

Perincian Format Baharu

Format baharu ini menawarkan:

  1. Maklumat pengebilan yang lebih terperinci, termasuk bacaan meter sebelum dan selepas.
  2. Jumlah unit tenaga digunakan yang dipaparkan dengan jelas.
  3. Pecahan caj yang lebih tersusun untuk rujukan mudah pelanggan.

Pendekatan ini bertujuan memastikan pelanggan tidak lagi keliru dengan paparan bil dan dapat memahami penggunaan tenaga mereka dengan lebih baik.

Sokong Peralihan ke Digital

Sarawak Energy turut menggalakkan pelanggan untuk beralih kepada perkhidmatan e-Bill, yang membolehkan bil diterima secara digital melalui e-mel. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar.

Kelebihan e-Bill:

  • Penerimaan bil lebih cepat.
  • Tiada risiko kehilangan bil bercetak.
  • Mesra alam.

Pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan ini dengan mudah melalui aplikasi mudah alih SEB cares atau portal web rasmi Sarawak Energy.

Sokongan Pelanggan

Untuk pelanggan yang memerlukan bantuan memahami format baharu ini, Sarawak Energy menyediakan pelbagai saluran sokongan:

  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1-300-88-3111.
  • Gunakan aplikasi mudah alih SEB cares.
  • Hantar pertanyaan melalui e-mel ke [email protected].
  • Lawati laman web rasmi di www.sarawakenergy.com.
  • Berbual dengan ejen maya CARINA melalui aplikasi, laman web, atau halaman Facebook rasmi.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Fasa Pertama Pusat Kesihatan Prima UNIMAS Di Samarahan Sudah Dibuka
Bekas Datuk Bandar Dan 3 Lagi Ditahan Di Kuching Untuk Bantu Siasatan Kes Penggubahan Wang Haram

SUMBER :TVS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fasa Pertama Pusat Kesihatan Prima UNIMAS Di Samarahan Sudah Dibuka Fasa Pertama Pusat Kesihatan Prima UNIMAS Di Samarahan Sudah Dibuka
Next Article Penduduk Seru Pihak Berkuasa Sandakan Buat Rangka Kerja Untuk Elak Banjir

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?